Monday, August 6, 2012

Peninsular Malaysia electricity demand growth (update)

From my earlier posting, I forecasted that Peninsular Malaysia electricity demand growth to be around 2%.
  Electricity Demand Growth in Peninsular Malaysia

Based on the latest data (workplace), electricity demand growth stands at 2.3% from last year. This is despite ALL the transformational program that the government has promoted to become a "high income" nation. This is the SECOND lowest recorded max demand growth, with the lowest being in 2009 (1.7%).

What this means is that there is no worry about meeting electricity demand growth. The present plan is sufficient to cater for 2% per annum growth (whatever is the government initiative to stimulate economic growth)  Heavy industry sector (namely steel & cement) that contributes to elecricity demand growth will remain to be around 2% or less.

Then again, this is just a forecast. Only Allah Knows the future....

Ramadan saya 1433H


Persiapan Ramadan kali ini saya buat dengan sederhana

Saya berazam untuk sembahyang fardu (berjemaah) dimana boleh supaya mendapat lebih pahala
Saya juga berazam untuk sembahyang terawih (berjemaah)pada setiap malam Ramadan
Saya berazam untuk memberi sedekah dimana ada peluang.
Saya berazam untuk bangun sahur pada jam 5 pagi, dan menunggu subuh dengan bersembahyang tahajjud. Kemuduan solat Subuh berjemaah.
Saya berazam untuk membaca Quran dengan cara tartil. Jika saya khatam Quran, ia adalah yg terbaik, tetapi jika saya tak mampu khatam, saya akan sambung dalam bulan Syawal.

Cuma buat masa ini saya tidak mampu untuk membuat ibadat iktikaf dimasjid/surau dimalam2 10 terakhir Ramadan. Saya berdoa pada Allah untuk beri kekuatan supaya saya dapat melaksanakan ibadat ini ditahun2 seterusnya (jika saya masih diberi peluang oleh Allah dgn hidup yg panjang)

Maaf kerana menulis seolah2 saya menunjuk-nunjuk. Bukan itu madsud saya. Ia sekadar menulis azam2 Ramadan ini supaya saya dapat kotakan apa yg saya tulis..

Selamat Beramal..

Friday, August 3, 2012

Perkataan Arab yg diMelayukan

Tergerak hati untuk tulis sedikit pasal bahasa Arab yg di"Melayu"kan; yg mempunyai madsud negatif

Saya ingin "berkhalwat" untuk mencari ketenangan jiwa
Saya baru berjumpa "ulamak" Prof Ungku dan Prof Khoo Kay Kim

Madsud sebenar Khalwat dimelayukan ialah bersendirian
Madsud sebenar ulamak dimelayukan ialah Orang2 yg berilmu
Macam perkataan Allahyarham - madsudnya Allah memberi rahmat kpdmu; kalau kita nak cakap kat orang hidup Allahyarham sipolan; memang alamat nak cari pasal.

Tasbih (benda untuk berzikir)diMelayukan lain dari Tasbih Arab (ertinya perkataan Subhanallah)
Takbir  (perbuatan melawat dari rumah kerumah dimalam Aidil Fitri) diMelayukan lain dari Takbir Arab (ertinya perkataan AllahhuAkbar)
Majlis Tahlil (diMelayukan) lain dari Tahlil Arab (ertinya perkataan Laila ha illah)

Daripada apa yg saya dapat kumpulkan, banyak perkataan Arab yg di"Melayu"kan membawa madsud negatif. Saya berpendapat bahwa bahasa Melayu lebih cenderung kepada madsud negatif. Mungkin itu sebabnya orang Melayu telah dibentuk dengan pesepsi2 negatif. Sukar mencari orang Melayu yg sentiasa bersikap postif & senyum sentiasa.

Sekadar berkongsi..

Tuesday, July 10, 2012

Didikan anak dizaman moden penuh cabaran

Sedikit coretan berkenaan mendidik anak2 remaja dizaman serba moden ini.

Seperti kita sedia maklum, handphone (smartphone), internet, dan Astro serta Shopping Mall yg banyak menjadikan para remaja dibuai dengan kemewahan & keseronokkan hidup dibandar.

Sebagai ibubapa, kita mempunyai cabaran yg paling hebat dalam mendidik anak2 remaja masakini. Jadi cara2 kita mendidik anak2 juga harus bergerak seiring dengan cabaran teknologi. Ya, memang didikan agama yg kuat akan menjadi pendinding untuk anak2 supaya tidak dilalaikan oleh bermacam2 jenis hiburan yg ada. Tapi mereka memang pendek akal. Mereka berkehendakkan hiburan tanpa mengetahui akan akibat2 yg bakal mereka alami.

Cuba kita rampas smartphone mereka & halang mereka dari menggunakannya. Adakah ini jalan penyelesaian terbaik? Cuba kita ambil smartphone mereka semasa mereka hendak tidur, kemudian berinya kembali sekembalinya mereka dari sekolah. Ini mungkin satu kaedah jalan tengah.

Kita nak dedahkan mereka dengan teknologi canggih supaya mereka boleh gunakan teknologi ini untuk munafaat mereka. Tapi kita nak cuba menyedarkan mereka bahwa kalau terlalu banyak ber"internet", akan mengakibatkan kesan yg negatif. Memang cukup sukar menjadi ibubapa zaman moden. Depan kita bolehlah mereka baik. Tapi belakang kita, Allah saja yg tahu.

Mendidik anak2 umpama bermain layang2. Kita mahukan layang2 terbang tinggi, tapi kita tidak mahu ia terbang terus. Sesekejap, kita kena tarik talinya kemudian perlahan2 lepaskan. Begitu rumit, tapi kita mesti lakukannya. Doa sentiasa diminta dari Allah supaya anak akan diberikan hidayah menjadi insan yg berguna.

Saya harap dengan persekitaran bandar KL yg cukup mencabar ini, anak2 saya boleh hidup dengan menapis segala macam gejala buruk & memanafaatkan teknologi untuk menjadikan hidup ini lebih baik (dan bukan sebaliknya). Tempoh canggih sebeginilah, syaitan (yg tak pernah putus asa), akan terus cuba melalaikan para remaja supaya semakin jauh dari mengingati Allah dgn lalai dgn Smartphone, Astro, Shopping Mall, and Internet.

Ya Allah, berilah kekuatan bagiku anak2 supaya mereka dapat mengharungi cabaran ini dengan menjadi insan yg sentiasa mengingatiMu.

"Mintalah doa kepadaKu, nescaya aku maqbulkan" Amin

Sunday, July 8, 2012

Berkongsi ilmu Quran dipejabat

Baru2 ini saya berkongsi ilmu dengan sesama kawan dipejabat. Seronok rasanya kerana dapat berkongsi bersama perkara2 yg bermunafaat.Kami berkumpul, kerana Allah, dengan berkongsi ilmu tafsir AlQuran & saya mulakan dengan Surah Yasin:80

"Dia menjadikan untuk kamu dari kayu(basah) hijau itu api, maka tiba2 kamu darinya nyalakan"
Ayat ini turun di Makkah lebih 1400 tahun yang lalu. Masa itu ahli sains belum sehebat sekarang dengan penemuan2 sains.
Tapi kayu basah hijau yg dimadsudkan Allah dalam ayat ini adalah oksigen dalam tafsir sains sekarang. Proses klorofil yang memerlukan pokok (kayu), daun (hijau) & air (basah) menghasilkan oksigen untuk kita semua. Dari oksigen, proses pembakaran dapat berlaku.

"Dia yg menjadikan untuk kamu oksigen, maka kamu nyalakan api daripadanya" adalah tafsiran secara saintifik. Satu lagi perkara, ayat 80 itu boleh dimadsudkan 8 sebagai simbol 2 sifar atau O2, iaitu nama saintifik untuk oksigen.

Surah ArRahman mengulangi ayat "Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?" sebanyak 31 kali. Dengan semua dalil2 dan bukti2 yg ada, kita masih lagi tidak yakin sepenuhnya dengan kekuasaan Allah. Bagaimana lagi kita dapat menolak Kekuasaan Allah? Tunjukkan rasa syukur kita kpd Allah dengan membuat perkara2 yg disuruh & menjauhi perkara2 yg dilarang

Allah Maha Besar

Friday, June 29, 2012

Perjalanan ke2 keBawean

Pada 10 Jun lepas, sekali lagi saya ke-Bawean, Jawa Timur, Indonesia.

Kali ini misinya, membawa 4 lagi ahli keluarga supaya silaturrahim bertambah erat. Saya sudah terima bahwa Bawean itu menjadi kampung halaman saya & saya diterima balik pada bila2 masa.
4 ahli keluarga ialah anak sulong (Aliah)18 tahun, adik lelaki (Faisal)41 tahun, emak saudara (MakAlang Timah) 71 tahun, emak saudara (Busu Esah)65 tahun. Kedua2 emak saudara saya ingin berjumpa abang mereka yg telah terpisah selama 50 tahun.

Perjalanan dari LCCT ke Surabaya tiada masalah. Kami bertolak jam 9.30 pagi.Sampai di Surabaya jam 12.00 tengahari, terus ambil teksi ke Gresik (pekan Pelabuhan). Saya tempah 2 bilik. Di Gresik, kami rehat sehingga maghrib. Kemudian keluar makan di kedai makan berdekatan. Esoknya 11 Jun, kelima-lima kami menaiku feri pada jam 9 pagi menuju ke Pulau Bawean.

Sampai pulau pukul 12.15 tengahari. Orang2 kampung dah tunggu di dermaga. Gembira sungguh mereka melihat saya & rombongan. Beg2 saya diangkut mereka.

Saya sendiri melihat betapa saat kedua2 mak saudara berjumpa abang mereka yg telah 50 tahun tak jumpa. Mereka berpelukan & menangis tanda gembira selama lebih 10 minit. Alhamdulillah, tali persaudaraan telah berjaya saya sambung.

Pada hari2 berikutnya Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, kerja saya adalah rutin. Bangun subuh di masjid, baca Quran sikit. Habis Subuh saya kepasar borak2 dengan kengkawan dikedai kopi berhampiran pasar.

Tengahari saya kewarung internet, check email saya. Walaupun slow, tapi berjaya menmbaca email2 pejabat. Tengahari Zuhor dimasjid, kemudian makan & tidur tengahari. Kengkadang saya jalan2 tengok sawah pada pukul 3 petang. Ronda2. Lepas Asar, saya bawa anak saya jalan2 naik motor. Anak saya ambil banyak gambar sekitar kampung Bawean. Amat berbeza sekali dgn kampung di Malaysia. Malam Maghrib/Isya makan, sembang2 & tidur awal.

Saya berjaya mengajar cara2 menyelesaikan Rubik's cube kepada seorang anak sepupu. Saya katakan, dialah orang pertama yg boleh solve Rubik's dalam Pulau ini..

Feri yg seharusnya pulang pada Ahad, terpaksa di cepatkan kepada Sabtu, kerana gelombang tinggi diramalkan pada hari Ahad. Kami bergegas kemas2 untuk pulang hari Sabtu itu. Separuh kampung kedermaga mengiringi kami. Sedih rasanya hendak meninggalkan mereka. Mereka adalah keluarga saya. Bila saya lihat, mereka menitiskan airmata (termasuk jiran sebelah rumah yg tiada tali saudara dgn sayapun menangis), secara otomatis air keluar dari mata saya. Soalan mereka "Kapan nak kembali keBawean?" Saya jawab, insyaallah tahun depan.

Feri ke Gresik, Gresik keSurabaya, Surabaya ke LCCT, LCCT ke rumah. Alhamdulillah semua berjalan cukup lancar. Saya risau bawa 2 orang yg berumur dalam rombongan saya, namun saya yakin, Allah membantu saya dalam perjalanan ini. Kalau niat baik & caranya baik, pasti bantuan Allah sentiasa diiringi.

Alhamdulillah...

EURO 2012 Poland/Ukraine

I have to write a bit about Euro2012.

I did not watch ANY of the matches of Euro2012. Simply because in my mind, I have this conclusion that NOT the BEST team wins the tournament & I see a lot of frustrations rather than joy.

It can be from ANY of the best 6 best teams. But you need LUCK, strategies & tactics to win (in that order)

Strategies includes confidence,mental & physical strenghts and very high TEAM spirits. Tactics includes using your squad in the right manner. But most of all, LUCK plays its parts.

This is where ISLAM nicely falls into place. You can do your part, but ALLAH will determine the outcome. Injuries, referee decisions, cruel deflections can determine the outcome.

The press does their job. They want to "SENSATIONALISE" the event. They will write anything in order to sell (translate to people reading).
Here are some to ponder:

"Group of Death (Group B)"; Germany, Holland, Portugal, Denmark; Fact is Group C is the Group of death as both Spain & Italy reached the Finals

"Germany has not won a Major trophy since 1996". So what! Only France, Brasil, Greece, Italy & Spain won major tournament since 1996. There are 200 countries in this world & not winning anything since 1996 is VERY GOOD indeed! Portugal has not won anything yet. So is Malaysia. Does that mean Portugal and Malaysia are at the SAME football level?

Penalty shootout depends on luck. You can practice taking penalties a million times, but still you can miss it when it really matters!

Actually, football is a game to enjoy, not to be frustarated. Just enjoy the wonderful game. That is why I never watch these Major tournaments. There are too many frustrations & you end up not enjoying the game.

The Final, well again it does not matter who wins. Let's enjoy!