Baru2 ini saya berkongsi ilmu dengan sesama kawan dipejabat. Seronok rasanya kerana dapat berkongsi bersama perkara2 yg bermunafaat.Kami berkumpul, kerana Allah, dengan berkongsi ilmu tafsir AlQuran & saya mulakan dengan Surah Yasin:80
"Dia menjadikan untuk kamu dari kayu(basah) hijau itu api, maka tiba2 kamu darinya nyalakan"
Ayat ini turun di Makkah lebih 1400 tahun yang lalu. Masa itu ahli sains belum sehebat sekarang dengan penemuan2 sains.
Tapi kayu basah hijau yg dimadsudkan Allah dalam ayat ini adalah oksigen dalam tafsir sains sekarang. Proses klorofil yang memerlukan pokok (kayu), daun (hijau) & air (basah) menghasilkan oksigen untuk kita semua. Dari oksigen, proses pembakaran dapat berlaku.
"Dia yg menjadikan untuk kamu oksigen, maka kamu nyalakan api daripadanya" adalah tafsiran secara saintifik. Satu lagi perkara, ayat 80 itu boleh dimadsudkan 8 sebagai simbol 2 sifar atau O2, iaitu nama saintifik untuk oksigen.
Surah ArRahman mengulangi ayat "Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan?" sebanyak 31 kali. Dengan semua dalil2 dan bukti2 yg ada, kita masih lagi tidak yakin sepenuhnya dengan kekuasaan Allah. Bagaimana lagi kita dapat menolak Kekuasaan Allah? Tunjukkan rasa syukur kita kpd Allah dengan membuat perkara2 yg disuruh & menjauhi perkara2 yg dilarang
Allah Maha Besar
Sunday, July 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment