Monday, August 6, 2012
Ramadan saya 1433H
Persiapan Ramadan kali ini saya buat dengan sederhana
Saya berazam untuk sembahyang fardu (berjemaah) dimana boleh supaya mendapat lebih pahala
Saya juga berazam untuk sembahyang terawih (berjemaah)pada setiap malam Ramadan
Saya berazam untuk memberi sedekah dimana ada peluang.
Saya berazam untuk bangun sahur pada jam 5 pagi, dan menunggu subuh dengan bersembahyang tahajjud. Kemuduan solat Subuh berjemaah.
Saya berazam untuk membaca Quran dengan cara tartil. Jika saya khatam Quran, ia adalah yg terbaik, tetapi jika saya tak mampu khatam, saya akan sambung dalam bulan Syawal.
Cuma buat masa ini saya tidak mampu untuk membuat ibadat iktikaf dimasjid/surau dimalam2 10 terakhir Ramadan. Saya berdoa pada Allah untuk beri kekuatan supaya saya dapat melaksanakan ibadat ini ditahun2 seterusnya (jika saya masih diberi peluang oleh Allah dgn hidup yg panjang)
Maaf kerana menulis seolah2 saya menunjuk-nunjuk. Bukan itu madsud saya. Ia sekadar menulis azam2 Ramadan ini supaya saya dapat kotakan apa yg saya tulis..
Selamat Beramal..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment