Wednesday, October 15, 2008

Konsep Zakat

Maaf kerana sudah lama tidak update blog.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan masa sedikit suntuk untuk menulis blog.
Antaranya ialah saya dan isteri sepanjang Ramadan ini membuat Chocolate chip cookies untuk berniaga kecil2an.

Saya dah masuk 10 tahun membuat & menjual cookies untuk kengkawan sempena hari raya. Bukan keuntungan yang saya cari tapi sekadar memberi kegembiraan kepada para pembeli agar menikmati kuih saya di hari raya sempena menandakan kemenengan setelah sebulan berpuasa.

Topik seterusnya ialah ibadat zakat (fitrah & hartabenda)
Zakat ialah pemberian berupa wang/sebahagian barangan yg diberi kepada pihak tertentu untuk diagihkan.

Pendapatan mesti cukup tempoh (haul) ie setahun dan mesti cukup kadarnya (hisab). Ini adalah supaya ia memberikan satu kadar yang jika ia mendapat keuntungan yg lebih dari kadar tersebut, akan dikenakan hamba tersebut mengeluarkan zakat.
Konsep zakat ini ada 2:-
1. Ia bertindak sebagai pembersih kepada sumber pencarian hambaAllah.
Ini sangat tepat sekali kerana setiap perniagaan yang aktif, kita tidak boleh lari dari segala bentuk aktiviti yang aktif. Dalam perniagaan, memang ada hak orang lain yang dengan tidak sengaja kita terambil kerana perniagaan berjalan secara rancak. Zakat bertindak sebagai membersihkan perniagaan kita setelah cukup tempoh dan kadar yang ditetapkan.

2. Ia bertindak sebagai perkongsian. Seharusnya untung yang kita dapat sangat bermakna jika kita berkongsi dengan orang2 yang miskin agar mereka dapat bergembira dan sama2 menikmati apa yang kita nikmati. Bukan semua orang bernasib baik seperti diri kita, dan dengan berkongsi apa yg kita perolehi dengan orang lain akan dapat memberi kegembiraan kepada mereka yang perlu.

Lihatlah saja syarikat2 besar. Setiap tahun, setelah ditolak segala yang patut selepas keuntungan, wang yang “berlebihan” akan diberi kepada pekerja2 dalam bentuk bonus. Dengan konsep “win-win” sebegini, bukan sahaja pekerja berasa teramat gembira mendapat habuan, tetapi mereka juga bertekad untuk bekerja dengan lebih produktif lagi untuk syarikat di masa hadapan untuk mendapatkan “habuan” lagi.

Setengah syarikat yg prihatin, akan memberi sumbangan kepada fakir miskin dan anak2 yatim sempena bulan Ramadan (mungkin dengan wang yang “berlebihan” ini). Dari itu lebih ramai lagi orang yang dapat menikmati kegembiraan. Syarikat (beserta pemegang saham & para pengarah) akan gembira. Pekerja2 akan gembira dan fakir2 miskin dan anak2 yatim turut bergembira. Dengan kegembiraan yang dikecepapi ini seharuskan kita bersyukur kepada Allah kerana memberikan keuntungan kepada kita dan kita pula dapat berkongsi dengan ramai orang lain. Orang lain pula akan berdoa agar keuntungan kita berterusan ketahun2 seterusnya.
Bukan keuntungan maksima yang kita cari..tapi keuntungan yang “bersih” dan berterusan serta perkongsian kegembiraan dengan orang2 yang berkenaan. Ini akan mengundang keberkatan dari Allah.

Marilah kita sama2 renungkan konsep asal zakat iaitu sebagai pembersih dan perkongsian kegembiraan supaya apa yang kita perolehi adalah yang bersih dan akan berterusan ketahun2 seterusnya.

Wallahuallam