Sedikit coretan berkenaan mendidik anak2 remaja dizaman serba moden ini.
Seperti kita sedia maklum, handphone (smartphone), internet, dan Astro serta Shopping Mall yg banyak menjadikan para remaja dibuai dengan kemewahan & keseronokkan hidup dibandar.
Sebagai ibubapa, kita mempunyai cabaran yg paling hebat dalam mendidik anak2 remaja masakini. Jadi cara2 kita mendidik anak2 juga harus bergerak seiring dengan cabaran teknologi. Ya, memang didikan agama yg kuat akan menjadi pendinding untuk anak2 supaya tidak dilalaikan oleh bermacam2 jenis hiburan yg ada. Tapi mereka memang pendek akal. Mereka berkehendakkan hiburan tanpa mengetahui akan akibat2 yg bakal mereka alami.
Cuba kita rampas smartphone mereka & halang mereka dari menggunakannya. Adakah ini jalan penyelesaian terbaik? Cuba kita ambil smartphone mereka semasa mereka hendak tidur, kemudian berinya kembali sekembalinya mereka dari sekolah. Ini mungkin satu kaedah jalan tengah.
Kita nak dedahkan mereka dengan teknologi canggih supaya mereka boleh gunakan teknologi ini untuk munafaat mereka. Tapi kita nak cuba menyedarkan mereka bahwa kalau terlalu banyak ber"internet", akan mengakibatkan kesan yg negatif. Memang cukup sukar menjadi ibubapa zaman moden. Depan kita bolehlah mereka baik. Tapi belakang kita, Allah saja yg tahu.
Mendidik anak2 umpama bermain layang2. Kita mahukan layang2 terbang tinggi, tapi kita tidak mahu ia terbang terus. Sesekejap, kita kena tarik talinya kemudian perlahan2 lepaskan. Begitu rumit, tapi kita mesti lakukannya. Doa sentiasa diminta dari Allah supaya anak akan diberikan hidayah menjadi insan yg berguna.
Saya harap dengan persekitaran bandar KL yg cukup mencabar ini, anak2 saya boleh hidup dengan menapis segala macam gejala buruk & memanafaatkan teknologi untuk menjadikan hidup ini lebih baik (dan bukan sebaliknya). Tempoh canggih sebeginilah, syaitan (yg tak pernah putus asa), akan terus cuba melalaikan para remaja supaya semakin jauh dari mengingati Allah dgn lalai dgn Smartphone, Astro, Shopping Mall, and Internet.
Ya Allah, berilah kekuatan bagiku anak2 supaya mereka dapat mengharungi cabaran ini dengan menjadi insan yg sentiasa mengingatiMu.
"Mintalah doa kepadaKu, nescaya aku maqbulkan" Amin
Tuesday, July 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment