Saturday, October 1, 2011

Pindah - suatu analisa

Saya berpindah kerumah arwah ibu saya.

Memang pindah ini satu yang memerlukan tenaga. Dalam bulan Syawal, Zulkaedah & Zulhijjah ia juga dikenali sebagai bulan2 hijrah. Perpindah juga adalah satu penghijrahan.

Sebagai seorang saja lelaki dalam keluarga, perpindah ini memerlukan saya mengangkat benda2 berat. Dahlah umur semakin meningkat, perpindahan kali ini membuatkan saya begitu penat sekali.

Namun analisa yg saya dapat ialah dalam mengangkat benda2, saya sedar bahawa manusia cenderung akan mengumpul harta. Ini termasuk tarikan dunia. Walaupun kita tahu bahwa kelak nanti kita tak akan bawa apa2 ke akhirat.

Alangkah baiknya kalau kita cenderung dalam mengumpul pahala daripada mengumpul dunia.

Namun bagi saya, saya sudahpun samada membuang atau memberikan sebahagian besar dari barang2 saya. Tinggal hanya dokumen2 yang penting saja yg masih disimpan dgn baik.

Renung2kan...

No comments: