Tanggal 16 Oktober. Tarikh pulang.
Pada malam sebelumnya, keluarga Mat Ali serta jiran2 berkumpul untuk apa yg mereka gelar "melek-melek". Mereka berkumpul semalam sebelum seseorang akan berangkat keluar dari Bawean. Meriah sekali. Tetapi bekalan elektrik terputus sehingga subuh. Tapi mereka tetap berkumpul.
Pagi tersebut, sarapan. Satu beg tambahan buat saya khas diberi oleh kaum keluarga sebagai ole2 berupa barangan makanan dari Bawean. Terima kasih.
Mereka semua mengikut saya ke dermaga (jeti) & bersalaman. Wah, saya merasa begitu terharu sekali. Cuaca amat baik sekali.
Ramai di jeti kerna ada meraikan 1 kelamin jemaah ke Mekah. Mereka diraikan bagai Wakil Rakyat sempena berjaya mengerjakan rukun Iman ke-5. Dengan kompang & nasyid atas lori siap dgn speaker serta motor2 dari seluruh penduduk kampung tersebut (lebihkurang 50 buah motor) di jeti tersebut..
Dari feri ke airpot, atas pesawat, terus kerumah. Jalan begitu mudah sekali.
Pulau Bawean, pulau asal usul arwah datuk saya. Pulau tanpa ada jenayah curi,rompak atau rogol. Saya akan kembali lagi & akan membantu dimana boleh...
Insyaallah
Saturday, October 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment