Tanggal 13 Oktober. Pagi subuh disurau Kiyay Menfari.
Disini, lelaki kemasjid, sementara anak2 & perempuan berjemaah disurau. Surau ini diimami Masdun. Saya akan cuba bantu membaiki surau ini dimana boleh...
Selepas Subuh, saya bersama Masdun jogging keliling kampung. Sungguh indah & nyaman sekali suasana desa dipagi hari. Sempat ke kubur Kiyay Menfari untuk hadiah AlFatihah. Selepas jogging, mandi. Airnya bukan dari Jabatan Air. Ia adalah air dari Gunung. Sungguh sejuk sekali...
Berkunjung kerumah saudara 3 buah. Dimana setiap rumah menghidangkan juadah. Waduh.. makan lagi. Bermalam di rumah bibik Rajma (adik arwah bapa, berlainan mak).
14 Oktober, Jumaat. Subuh disurau. Sini tak ada bacaan Surah Sajdah seperti di Malaysia. Tapi dari Subuh keIsya' ada orang mengaji di masjid untuk menghatamkan 1 Quran. Masyaallah. Jogging (different route- route sawah). Tanahnya kering kerana kemarau panjang. Mereka kerja buat batu bata dengan ketiadaan air, kerna tiada Jabatan Pengairan & Saliran. Berkunjung ke-4 buah rumah. Semuanya menghidangkan nasi bersama gulai ikan Tongkol. (Sainawi, Suhaiman & Sairi adalah nama sepupu2 saya).
Kesemua mereka sedang bekerja membuat batu bata di tengah sawah.
Malam, tidur rumah Ustaz Masdun. Dia ada tunjuk kepada saya Kitab tulisan tangan Kiyay Menfari. Bahasa Arab tanpa baris. Jelas datuk saya hebat orangnya.
15 Oktober, Sabtu. Keliling Pulau Bawean menaiki motor. Indah sekali. Tapi jalan motor amat teruk kerana sedikit sekali bantuan dari kerajaan Indonesia. Ada jalan2 yg baik, ia dibaiki menggunakan duit sendiri. Singgah di Ponggo (perkampungan Waliah Zainab). Beliau yg membawa Islam ke Bawean.
Alhamdulillah.. Allah telah beri saya peluang utk menyambung kembali silaturrahim yg telah lama putus. Allah juga beri peluang kpd saya menolong keluarga yg kesusahan. Amin ya rabbal alamin...
Friday, October 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment