Friday, October 21, 2011

Jejak Kasih II

Sampai di Pulau Bawean pada tengahari 12 Oktober, saya disambut oleh abang kepada arwah ayah saya. Namanya Mat Ali bin Haji Menfari. Saya dipeluk erat & dicium dikiri & kanan pipi.

Saya di perkenalkan kepada kesemua ahli keluarganya (sepupu2 saya) satu persatu. Saya dijamu dengan hidangan Boyan. Nasi bersama ikan Tongkol serta sup. Separuh kampung Buluh Luar Selatan ada dirumah Mat Ali. Mat Ali sudah bercerita yg anak saudaranya dari Malaysia akan pulang ke kampung. Mereka semua datang melihat saya.

Masdun adalah timbalan ketua kampung tersebut. Dialah yg membawa saya dari Surabaya ke Bawean. Dia juga adalah ustaz di kampung tersebut. Dia mengiringi saya semasa di Bawean. Saya berkunjung 2 lagi rumah di kampung bersebelahan (Gunung Lanjang). Jamuan disediakan disetiap rumah.

Waktu Maghrib & Isya, saya ke masjid. Inilah masjid dimana arwah datuk saya pernah menjadi imam 50 tahun yg lalu. Kiyay Menfari adalah ulamak yg terkenal di Bawean.

Selepas Isya, saya minta diri untuk tidur. Saya ada bawa rubik's cube. Saya ajar anak2 buah saya Rubik's & mereka semalaman bermain Rubik's & saya lena kerna penat & kekenyangan.

No comments: