Tanggal 24 Apr 2010, saya menghadiri majlis penyampaian hadiah untuk anak sulong saya.
Sebelum ini, pada 1 Apr yg lalu, anak saya telah mendapat penghargaan dari sebuah badan koperasi kerana berjaya dalam PMR beliau. Pada majlis tersebut, Tengku Puan Pahang telah memberi hadiah kepadanya.
Sebagai seorang bapa, saya rasa sangat bangga dengan anak saya mendapat penghargaan dari pihak sekolah kerana mendapat 8A dalam PMR tahun 2009.
Dari segi sekolah, anak saya ini ke SMK (P) Sri Aman di Petaling Jaya. Sekolah ini berhampiran dengan rumah saya (1km sahaja) dan saya bersyukur akan nikmat Allah yg diberi. Sekolah ini adalah antara 4 sekolah harian yg diberi status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia adalah SATU sekolah di seluruh negeri Selangor yg diberi pengiktirafan tersebut.
Anak sulong saya ini mulanya mempunyai sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri di sekolah ini semasa Tingkatan 1. Tetapi berkat dari Allah, dengan sifat sabar dan sungguh2 saya dan isteri, kami sentiasa memberi dorongan, sokongan diiringi doa supaya anak2 kami berjaya.Alhamdulillah, usaha serta doa kami berhasil. Beliau mendapat 8A dalam kesemua matapelajaran yg diambil.
Teringat semasa saya mendudukki SRP (Tingkatan 3) pada tahun 1980 yg lalu. Saya mendapat 7A dimana ada 1 matapelajaran yg saya tidak mendapat A. Seingat saya, saya tidak pernah mendapat apa2 hadiah akedemik semasa majlis penyampaian hadih di MCKK dahulu. Mungkin kerana di MCKK, memang sukar nak dapat anugerah akedemik kerana semua pelajar2nya sangat bagus. Saya cuma mendapat hadiah semasa Hari Sukan sahaja. Itupun kerana saya dianugerah Tuhan baik dalam acara olahraga.
Namun begitu, sebagai seorang bapa, rasanya lebih bangga melihat anak mendapat hadiah dari diri sendiri yg mendapat hadiah. Semoga kesemua anak2 saya mencapai kejayaan akademik dan menjadi anak2 yg solehah. Saya harus membimbing mereka agar jangan tinggal solat semasa hidup ini.
Amin
4 comments:
alhamdulillah..... sampaikan salam tahniah keluarga kami pada anak pakcik hisyham... :-)
amin....semoga semuanya sukses2 belaka...
anyway, sekarang form4 ambil jurusan ape?
adik saya, raihanah, amik bidang akaun.. katanye senang nak sambung buat lawyer ... insyaallah..doakan pakcik?
Wahai Ibnujusup,
Terima kasih atas segala komen. Doa saya kepada semua keluarga kamu agar sentiasa dlm rahmat Allah.
Anak saya ambil Sains.
Maaf, kerna baru sekarang balas comment. Ini ialah kerna saya tak tahu macamana nak komen balik. Baru belajar dr anak kedua.
Congratulations to Aliah. I have yet to give her rewards for her excellent PMR results.
Takpa... pakcik... pelan2 belajar...
ayah saya pun juga tengah start2 berjinak2 guna internet..
alhamdulillah... baguslah, nanti boleh sambung medic atau engineering
saya doakan anak2 pakcik semua berjaya.. amin...
Post a Comment