Tanggal 10 Oktober, bermulalah perjalanan saya menjejak asal usul arwah bapa ke Pulau Bawean, Indonesia.
Isteri hantar ke LRT dgn kereta, kemudian saya naiki LRT ke KL Sentral. Menaiki bas ke LCCT. Menaiki pesawat ke Surabaya. Dijemput oleh Masdun & Masder (sepupu2 saya yg baru pertama kali jumpa di airpot) menaiki motosikal ke Pasuruan. Bermalam di Pasuruan. Kemudian menaiki lori arangbatu kepunyaan majikan Masder ke Tandes. Lalu menaiki teksi ke bandar pelabuhan Gresik. Dapat berita bot ke Bawean rosak & terpaksa tunggu sehingga esok. Bermalam dirumah rehat Gresik.
Esoknya menaiki bot laju selama 3.5 jam ke pelabuhan Bawean. (Kereta,LRT, bas, kapalterbang, motor, lori, teksi & bot.. semua kenderaan saya terpaksa naik.. Subhanallah...
Pulau Bawean, sebesar Pulau Pinang, pulau yg indah. Tiada hotel, jalan cuma 1 lane sahaja. Mereka guna motosikal & teksinya dipanggil Mochar (Motor Beca). 70% adalah kaum wanita, dimana kaum lelaki merantau mencari rezeki kebanyakannya di Malaysia & Singapura.
Friday, October 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment