Tuesday, March 23, 2010

Ingat Allah semasa bercuti

Assalamualaikum,

Posting kali ini saya nak tulis dengan selamba aje. Apekebenda saya rasa nak tulis saya hentam aje.

Tapi walau apapun saya harus selitkan topik ingat pada Allah sebagai satu perkara yg mesti saya tulis. Ingat pada Allah ini mudah aje. Sambil2 kita atas kereta, sambil2 kita mengelamun sendiri, apa kata kita luangkan sedikit dari fikiran kita untuk ingat pada Allah. Tengah jalan, tengah duduk, tengah baringpun boleh kita boleh ingat.

Cuti sekolah 1 minggu yg lalu saya manafaatkan bercuti bersama keluarga. Kami bercuti di Teluk Chempedak, Kuantan mulai 13 Mar lalu. Sambil bersantai dipantai TC, bermain bola pantai, bermain lelayang, buat sand castle on the 1st day. 2nd day, swimming di swimming pool dari 10 pagi hingga 4 petang. Kulit saya & anak2 dah jadi hitam melegam.

3rd day- check-out dari Hyatt Kuantan, isteri & anak2 ke Kota Baru kerana mak saya admitted ke Hospital. Saya pula terpaksa pulang keKL kerana diminta boss utk hadiri satu mesyuarat.

Mak beransur pulih. Discharge dari hospital pada keesokkan harinya.

Bersyukur saya kpd Allah kerana telah diberi kesempatan bercuti bersama keluarga, menikmati keindahan pantai ciptaan Allah sambil mengingatinya.

1 comment:

ibnujusup said...

alhamdulillah... mak uncle bertambah sihat... maaf la kami x dengar berite ni... tau pun dari blog uncle.. moga selalu sihat dan dalam lindungan allah...amin...

lepas ni saye kene selalu check blog...:-)

cuti, da lama keluarga kami x cuti..
sibuk smeuanya... tak pa, la yg penting semua ok...