Sunday, August 26, 2012
1 Syawal 1433
Pagi,7.00am, ke kubur emak, bapa saudara, datuk saudara, kawan baik diTanah Perkuburan Islam Kiara.
Pagi 8.30am, solat sunat Aidil Fitri diMasjid seksyen 16, PJ bersama seisi keluarga.
Pagi 10am, makan ketupat & lodeh dirumah mak saudara, PJ
Pagi 11am, kekubur ayah, datuk & nenek di Kampung Tungku.
Tengahari 1pm, kerumah mak saudara (Bangsar)
Tengahari 2pm, kerumah bapa saudara (Ampang)
Petang 4pm, rumah saudara (Gombak)
Petang 6pm, rumah tok saudara (Sg Udang, Klang). Semasa dalam perjalanan ke Klang, dapat panggilan dari adik perempuan, dia selamat melahirkan anak ketiga di PPUM- Alhamdulillah...
Malam 9pm, ke PPUM melawat adik, namun tak diberi masuk.. Takpe...
Sambil banyak bertakbir pada hari tersebut....
Semasa memberi duit raya kat anak2 & anak2 saudara, terasa satu perasaan yg sungguh indah (The pleasure of giving)..
Masya Allah, kata pepatah, tangan yg diatas lebih baik dari tangan dibawah.
Memberi bukan setakat duit sahaja. Berikut adalah kategori2 BERI yang baik.
1. Beri SALAM. Dengan memberi salam, kita dapat pahala yg mudah
2. Beri Senyum. Dengan senyuman yg ikhlas, kita dapat memberikan rasa keceriaan kepada seseorang
3. Beri Telinga. Jadikan diri menjadi pendengar yg baik. Ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati mereka yg menghadapi masalah. Kebanyakan mereka yg meluahkan perasaan hanya inginkan seorang pendengar yg baik. Mereka tidak memerlukan apa2 "feedback"..
4. Beri Tenaga. Dengan memupuk perasaan suka menolong, kita dapat meringankan beban seseorang.
5. Beri Doa. Kita sama2 dapat menolong seseorang untuk mencapai apa yg dihajati.
Kesimpulannya,
1. Hanya hati yg ikhlas, dapat kita merasai kemanisan memberi
2. Dengan membantu orang lain dalam kesusahan dengan 2STD(Duit, Doa, Salam, Senyum, Telinga, Tenaga) supaya mereka gembira, dengan secara otomatis, kita juga akan merasai gembira
Selamat Hari Raya Aidil Fitri; Maaf Zahir&Batin, Selamat beramal...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment