Semalam, anak bongsu saya (Anis) yg berumur 9 tahun bertanya 3 soalan kepada saya. Tersentak hati saya nak menjawabnya.Soalan pertama. "Ayah, lepak tu haram ke?" Jawab saya, "Kalau masa lepak tu ingat pada Allah, takde lah haram, malah dapat pahala". "Kalau lepak2 aje buang masa, lepas tu buat ibubapa rasa gelisah, itu dah boleh jadi haram"
Soalan kedua. "Ayah, tengok bola pagi2 tu haram ke?"
Tersentak saya dibuatnya. Saya ada juga, sekali sekala tengok bola pagi2. "Kalau masa bangun pagi, sebelum tengok bola, sembahyang tahajjud dulu, zikir pada Allah, lepastu tengok bola, takdelah haram, malah dapat pahala lagi" ujar saya dgn tersenyum.
Soalan ke-3. "Ayah, baguske ayah kerja sampai malam baru balik dari ofis?" Lagi sekali saya tersentak. Eh, budak ni banyak betul soalan dia. "Kalau kerja dengan niat baik cari rezeki yang halal kerana Allah, insyaallah, Allah mudahkan kerja kita. Jadi bila kerja dah mudah, boleh balik ofis awal. Setakat sekali sekala ayah balik malam dari ofis tak menjadi hal. Tapi kalau dah tiap2 hari tu, kita kena tengok balik kenapa perlu kerja tiap hari sampai malam" saya cuba jelaskan.
Masyaallah, anak saya tanya soalan2 topik yg saya biasa tulis dlm blog. IngatAllah, ManUtd dan Kerja! Terus saya tuliskan dalam blog ini. Dalam ketiga2 soalan tersebut, saya cuba memberitahu anak saya yg kalau niat baik kerana Allah, perkara2 HARUS seperti lepak, tengok bola pada pagi hari & balik kerja lewat malam boleh dijadikan PAHALA. Saya tekankan soalannya yg positif belaka.
Dalam surah Lukman, Allah berfirman betapa seorang hamba bernama Lukman, yg sangat pandai mendidik anaknya. Beliau (Lukman) bermula dgn kalimah "Wahai anakku". Betapa dia sangat sopan dalam memberi nasihat kepada anaknya dengan penuh hikmah & bijaksana. Rasulullahpun dalam dakwah beliau tidak pernah meninggikan suara lagi bersifat kasar terhadap umatnya.
Setakat berkongsi...
Thursday, May 31, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Oh Anis Sofia...... mulut becok, otak cergas! :)
Biaselah Anis... Layan aje dia
Post a Comment