Saya diberitahu bahawa ilmu adalah elemen yg sangat penting dalam ugama. Allah meninggikan darjat seseorang yg berilmu. Majlis2 ilmu juga diibaratkan sebagai taman2 syurga. Dengan ilmu, kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Dengan ilmu juga iman & amal menjadi lebih mantap.
Peringkat ibadat ada 4
1. Paksa - Sebelum mencapai kemanisan iman, seseorang itu mesti dikerah & dipaksa melakukan sesuatu. Misalnya solat, kita mesti memaksa anak2 kita solat 5 waktu.
2. Doa- kita mesti sentiasa berdoa agar anak2 kita solat 5 waktu. Setelah berusaha, sekarang sampai tahap tawakkal & berserah diri pada Allah supaya Allah memberikan petunjuk & kekuatan kpd anak2 kita
3. Rela - Anak2 kita rela supaya kita sentiasa tegur mereka dalam melakukan solat. Mereka tidak lagi "liat" dalam mengerjakan solat, tapi mereka minta kita bantu mereka dalam memaksa mereka solat 5 waktu
4. Reda - Ini peringkat tertinggi. Anak2 kita tidak perlu lagi disuruh atau di ingatkan supaya solat. Mereka sudah mula mengecapi nikmat kemanisan iman & amal.
Moga2 kita semua dapat mendidik anak2 supaya sentiasa jangan tinggal solat 5 waktu.
PS. Dalam minggu peperiksaan pada 8-12 Oktober ini, saya membuat kelas bimbingan untuk anak bongsu saya (Anis Sofia). Kelas meliputi Bahasa Arab & akhlak. Nampak macam ok aje. Kita tunggu keputusan beliau nanti.
Saya juga mengajar Fizik peringkat SPM untuk anak kedua saya (Aisyah). Yg ini sangat mencabar. Harap2 dia mendapat keputusan yg baik dalam SPM nanti (bermula minggu ke-2 November)
"Allah, kau berilah kekuatan supaya anak2 dapat melaksanakan solat 5 waktu & reda kepadaMu, serta berilah keputusan yg baik dlm peperiksaan mereka"
Sunday, October 21, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment