Sejak kebelakangan ini saya merasakan otot2 badan sudah mula menunjukkan tanda2 tua (aging).
Pertama, mata. Sekarang hendak membaca kena membuka cermin mata. Ini ialah kerana otot2 mata dah mula tidak boleh memfokus dengan baik seperti semasa muda dahulu
Kedua, rambut. Rambut dah mula botak (sebenarnya dah lama dah rambut ini menipis) & berubah menjadi putih (yang ini baru!).
Ketiga, otot2 kaki. Dahulu kalau lari itu boleh pantas aje. Tapi sekarang cuma boleh buat macam jalan pantas (ala-ala Big Walk) aje. Lepas jalan pantas, sekejap aje dah mula rasa penat.Lagipun lutut ni dah buat operation ACL pada tahun 1988.
Keempat, saluran jantung. Dah ada sumbat & doktor dah letak "stent" (spring) kat dalam saluran otot2 jantung tersebut pada tahun 2010.
Kelima, gigi. Ada yg dah mula goyang2. Nak makan benda2 keraspun dah tak boleh sekarang.
Itulah, Allah nak tunjuk yg proses penuaan telahpun bermula.
Saya bersyukur pada Allah kerna tanda2 seperti ini adalah sebagai satu peringatan kpd saya yg hidup dah semakin menuju kepenghujung. Namun itulah lumrah & fitrah hidup.
Ingatlah 5 sebelum datang 5
Senang sebelum susah
Kaya sebelum miskin
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Hidup sebelum mati
Allah humma..
Tuesday, March 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment