From posting terakhir saya, dari keputusan ECG, memang sah saya mempunyai sumbat pada arteri jantung saya. Saya dinasihatkan oleh doktor utk proses angioplasty.
Sedikit mengenai doktor yg merawat saya. Prof Dr Haizal adalah pakar jantung di hospital Tropicana Medical Centre (TMC). Beliau berada di Universiti Hospital selama 12 tahun sebelum berpindah ke TMC. Beliau juga adalah sahabat saya semasa di MCKK. Beliau juga pernah merawat arwah ayah saya & anak beliau bersahabat baik dgn anak saya.
Beliau telah memberi penerangan berkenaan proses yg akan saya lalui. Dia inginkan saya berkeadaan sedar. Angiogram adalah proses mengenalpasti dimanakah sumbat pada arteri jantung dgn memasukkan dakwat pada arteri dan x-ray akan menunjukkan dimana sebenarnya kedudukan sumbat tersebut. Angioplasty pula adalah proses membesarkan kembali sumbat tersebut supaya darah beroksigen cukup untuk otot2 jantung dipam keseluruh bahagian badan. Teknologi terkini menggunakan belon utk besarkan arteri & disumbatkan "spring" supaya arteri ini terbuka kembali.
Doktor memasukkan "dawai" melalui pembuluh utama pada lengan kanan saya & ini adalah jalan paling mudah ke arteri jantung tanpa perlu membedah dada. Bayangkan saya sedar semasa Dr memotong pembuluh pada pergelangan tangan saya & saya boleh rasa "dawai tersebut masuk dalam lengan saya.
Alhamdulillah kedua2 proses berjalan lancar. Bermula jam 1235 dan selesai jam 1308 (32 minit). Saya memang merasa cemas semasa proses tersebut berlaku kerana ada kemungkinan serangan jantung dlm proses ini. Sepanjang proses, saya hanya berserah penuh pada Allah & jika ajal saya setakat ini, saya sudah redha. Setidak2nya ingatan pada Allah adalah ingatan terakhir jika ini adalah hembusan nafas saya yg terakhir.
Setelah semuanya selesai, saya seperti orang yg baru lahir. Sumbat pd arteri telah terbuka kembali & tiada komplikasi pada jantung. Kepada Allah saya bersyukur & saya anggap apa yg terjadi ini adalah seolah2 satu peluang kedua kpd saya. Perspektif saya berubah & saya akan menggunakan peluang ini utk beriman kpdMU.
Saya dapat rasakan dgn mengingati Allah hati ini menjadi tenang & perasaan ini adalah perasaan yg paling indah dlm hidup ini.
Amin
2 comments:
Alhamdulillah
maaf baru tahu pasal keadaan pakcik hisyam... ikhlaskan segalanya...jalani semua yang ada...insyaallah..allah sentiasa bersama kita
Post a Comment