Kali ini nak tulis fasal topik "Ujian Allah"
Topik ini dikupas oleh ustaz pada 19Jun lepas dalam satu majlis taklim. Keluarga saya akan mengadakan majlis "silaturrahim & taklim" setiap 3 bulan. Tujuan utama majlis serupa ini ada 2:-
1. Bertujuan merapatkan hubungan sesama keluarga
2. Disamping berjumpa setiap 3 bulan, kami juga menjemput ustaz supaya sedikit majlis ilmu dapat diisi semasa kita berjumpa sesama keluarga.
Semoga dengan majlis ini mendapat keredaan dari Allah
Berbalik kepada topik "ujian"Terdapat 3 perkara kita diuji didunia ini.
1. Supaya Allah menaikkan martabat kita disisiNya. Rasul2 diuji Allah supaya mereka dinaikkan mertabat mereka. Lazimnya macam kita juga. Kalau nak masuk Universiti, mesti lulus ujian dahulu. Baru boleh masuk U. Begitu juga kita, kalau nak masuk syurga Allah, Allah nak pastikan hambanya diuji dan lulus untuk layak masuk syurga Allah yg sungguh indah sekali.
2. Allah nak beri "warning". Ada ujian Allah berupa peringatan kerana fitrah manusia sentiasa lupa.Banyak perkara2 yg berlaku, jika kita ambil iktibar, ia berlaku seperti satu peringatan kepada kita supaya sentiasa dekat & bergantung kepada Allah. Ia berlaku kpd orang lain, tetapi kita mesti ambil iktibar daripadanya. Bencana alam seperti tsunami, jika kita ambil iktibar drpdnya, adalah supaya kita sentiasa ingat bahwa bencana Allah boleh menimpa jika kita sentiasa lupa & tenggelam dlm keduniaan & kebendaan.Akhirnya, Allah boleh tarik dengan sekelip mata saja, dan kita tak mampu nak berbuat apa2.
3. Allah murka terhadap manusia yg sudah melampaui batas. Firman Allah Surah Rum:41 "Kerosakan didarat & dilaut adalah kerana tangan manusia, Allah ingin mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali kejalan yg benar". Kalau Allah dah murka, maka Dia menurunkan azab kepada kaum tersebut, kerana kaum itu telah membuat kerosakan dimuka bumi ini dan melampaui batas.
Jadi, pada setiap ujian Allah, ada tujuan & muslihat disebalik setiap sesuatu. Allah amat penyayang lagi Maha Mengasihani dan yakinlah bahwa segala ujian itu adalah untuk kebaikan kita sebagai hambaNya dan kepada Allah jua kita akan kembali kelak. Walau seberat manapun ujian Allah, maka sentiasalah bersabar menghadapinya.
Insyaallah Allah akan bersama2 kita.
1 comment:
moga kita tabah menghadapi ujian Allah... amin...
setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya...
Post a Comment