Friday, July 2, 2010

Beriman kpd Qada' & Qadar

Catatan kali ini tergerak nak tulis fasal rukun ian ke-6. Percaya kepada Qada' & Qadar.
Ini adalah rukun iman yg selalu kita "confuse"(keliru).

Kalau 5 rukun iman pertama iaitu percaya kpd Allah, Malaikat, Rasul, Kitab & Hari Akhirat.

Yg keenam adalah pelengkap iaitu percaya pada Qadar (taqdir) dan Qada' (ketentuan Allah sejak dahulu lagi). Qada' ialah yg tertulis dan Qadar adalah perlaksanaan Qada'.

Kita mula dgn yakin kita pada Allah. Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Jadi, yakinlah bahwa Allah sudah mengetahui segala urusan sebelum ia berlaku. Tetapi benda yg belum berlaku, boleh berubah. Dengan usaha dan doa, takdir boleh berubah. Allah sudah Mengetahui, tetapi manusia boleh mengubah taqdir. Ada lapangan usaha manusia dan ada lapangan taqdir Allah. Cuma kita tidak tahu dimana batasnya kerana kita tak mampu memikirkannya.

Oleh itu, jangan hanya tunggu takdir Allah, & jangan pula percaya pada ikhtiar manusia 100% dalam sesuatu urusan. Berusahalah sebaik mungkin, kemudian berserahlah pada Allah.
Mari kita beri yg terbaik dan kmd berserah pada Allah dlm segala urusan kita. Baik atau buruk, kita yakin bahwa Allah bersama2 kita.

Renung2kan & Selamat Beramal...

No comments: