Saya ada sedikit sibuk kerana perlu menyiapkan satu lapuran sebelum 31 May 2010. Berbeza dengan tahun2 lalu, lapuran ini ok aje. Cuma pada tahun ini, lapuran tersebut mengundang kontrovesi, oleh itu lapuran harus diolah supaya ia nampak ok.
Oklah dimulakan dengan sedikit tazkirah. Tips2 mudah untuk amalan harian.
Mulakan setiap kerja dengan berniat kerana Allah. Kalau niat kerana Allah, kerja tersebut mesti:-
1. Baca niat mula kerja
2. Kerja yang baik dan halal
3. Lakukan kerja dengan yang terbaik mungkin
4. Lakukan dengan jujur dan ikhlas
5. Jangan ditinggalkan suruhan Allah seperti sampai waktu solat, kita solat
6. Bertawakkal kepada Allah
Semasa hendak tidur, juga niat kerana Allah:
1. Baca niat sebelum tidur juga surah2 lazim
2. Tekad untuk bangun malam untuk solat
3. Tekad untuk bangun solat subuh awal waktu
4. Bertawakkal kpd Allah
Nah! Dengan melakukan kedua2 perkara diatas, kita dah boleh cover at least 16 jam dari 24 jam kita beribadat pada Allah.
Selamat beramal
No comments:
Post a Comment