Memang lumrah dunia, manusia berlumba2 untuk berjaya. Dari sinilah mula hati rasa tertekan (tension). Bila hati rasa tertekan, emosi terganggu dan rasa marah datang kepada kita. Bila marah, manusia akan hilang pertimbangan dan mula membuat perkara2 yang diluar jangkaan. Inilah realiti hidup masakini. Bila kita marah, kita akan marah orang lain, orang lain akan marah orang2 lain dan lebih ramai lagi manusia yg tension. Kes2 pesakit jiwa banyak sekali. Kes2 orang dapat darah tinggi juga meningkat terutama dikalangan orang2 muda.
Saya ingin sarankan bahawa dengan Islam, kita dapat membendung rasa tertekan. Seharusnya kita dituntut untuk berbuat yg terbaik. Setelah buat yg terbaik, mukmin sejati akan serahkan pada Allah. Keputusan samada berjaya atau sebaliknya adalah kerja Allah dan kita sudahpun membuat yg terbaik mungkin. Orang mukmin percaya pada rukun iman ke-6 (Qada’ & Qadar Allah). Jadi mana mungkin orang2 mukmin terasa tension kerana dia percaya Allah ada bersama2nya. Baik buruk sesuatu perkara datang dari Allah. Dan jika Allah beri sesuatu, itulah sebenarnya yg baik untuk orang2 mukmin, kerana Allah Maha Mengetahui.
Dari itu kengkawan, usah rasa tension & bersedih. Buat yg terbaik, berserah pada Allah -> insyaallah setiap perkara akan berjaya & mendapat berkat.
Kita sering membandingkan apa yg kita ada dengan apa yg orang lain ada. Kita sering bandingkan dengan orang yg ada lebih dari kita.Buat apa? Buat kita lagi tension!!
Seharusnya kita bandingkan dengan orang yg kurang dari kita. Cukup jika kita ada Allah disisi kita. Jiwa kita akan merasa tenang sekali. Memang kita dituntut supaya mencuba yg terbaik. Tetapi kita sering lupa faktor “Allah” dalam hidup kita.
KPI (Key Performace Indicator) bagi syarikat adalah satu set pencapaian yg telah diberi oleh pihak pengurusan. Ok, setelah dapat KPI, seharusnya kita bekerja dengan memberikan yg terbaik untuk mencapai target tersebut. Lepas dah beri yg terbaik, kita MESTI berserah pada Allah. Keputusannya; kita akan reda dengan apa yg terjadi sebab kita sudahpun mencuba yg terbaik & kita ada ALLAH.
Ramai juga pekerja yg tidak beri yg terbaik dah terus serah pada Allah. Ini menyebabkan keputusannya tidak mencapai tahap dikehendakki. Persoalannya, apakah dia tahap yg terbaik? Jawapannya cukup mudah. Tanya diri sendiri saja. Tentu kita tahu jawapannya. Pastikan yg terbaik tidak sampai kepada kita menjadi stress.
Masukkan elemen “Allah” dalam hidup. Mudah2 kita tidak merasa stress.