Wednesday, July 30, 2008

Life is a journey

This is my second posting sempena Isra' Mikraj.

Life is like a journey, and we are the traveller.

As a traveller, it is better for us to carry just enough supply. Our baggage must be equipped with the basic things so that we can arrive to our destination without much hassle. Now change to bahasa melayu...Begitu juga bila kita sampai ke destinasi yang dituju..kita mestilah mempunyai tukaran wang asing yg secukupnya supaya kita boleh memulakan hidup di"negeri" baru berdasarkan matawang yang kita kumpulkan semasa kita menuju ke"negeri" tersebut.

Baggage adalah umpama apa yg ada didunia ini.Tak usahlah kita kumpul harta yg banyak kerana kita tidak akan membawanya ketika kita mati kelak. Cukup sekadar mengumpulkan keperluan2 asas semasa didunia ini. "Matawang asing" ibarat pahala yg perlu dikumpulkan supaya bila kita sampai di alam yg satu lagi..pahala yg dikumpulkan akan dapat memberi kita peluang untuk kesyurga Allah. Itulah matlamat si pengembara.

Pengembara seharusnya ingat akan destinasi yg dituju. Pengembara juga mesti ada cukup ilmu untuk selamat sampai kedestinasi. Pengembara juga mesti selalu bersiap sedia untuk mengharungi segala cabaran yg mendatang.

Kita juga mesti ingat akan kita sebagai hamba yg akan kembali kerahmat Allah (ie mati). Kita juga mesti mencari ilmu supaya kita akan selamat di dunia & akhirat. Kita juga mesti sentiasa bersiap dan beringat akan segala ujian dari Allah sebelum kita boleh diberi ganjaran yg hebat oleh Allah.

Isra' & Mikraj adalah peristiwa "pengembaraan" Nabi Muhammad SAW. Dari pengembaraan tersebutlah perintah solat diturunkan untuk sekelian manusia. "Pengembaraan" Nabi ini mempunyai beberapa "message" dari Allah. Sama-samalah kita renungkan dan mengambil iktibar daripadanya....

No comments: