Jika mengucap syahadat & solat adalah ibadat harian; puasa & zakat adalah ibadat tahunan, maka ibadat haji adalah ibadat sekali seumur hidup.
Seperti dalam amalan pekerjaan, ada amalan2 harian seperti kerja2 rutin, ada amalan tahunan seperti annual appraisal dan ada juga pekerjaan yang kita kena buat sekali sepanjang hayat; contohnya....macam dalam TNB, penghargaan kerana setia berkhidmat kpd syarikat.
Tema ibadat haji ialah “pengorbanan”. Itu sebab Hari Raya Haji juga dinamakan Hari Raya Korban. Kita tentu sudah tahu kisah Nabi Ibrahim a.s & Nabi Ismail a.s. Ia adalah tanda pengorbanan yg tertinggi seseorang hambaAllah dapat berikan demi kerana taat kepada Allah. Hidup juga adalah satu “pengorbanan”. Tahap pengorbanan adalah tahap kecintaan kita kepada sesuatu. Jika kita cinta seseorang, kita sanggup berkorban apa saja untuk orang yg kita cintai. Menerusi cerita Nabi Ibrahim a.s, beliau telah menunjukkan bahawa kecintaan (ketaatan) kepada Allah mengatasi segala2nya. Dan dengan sifat Arrahman Allah, upacara pengorbanan anak Nabi Ibrahim ditukar menjadi pengorbanan binatang ternakan.
Begitu juga ibadah Haji, kerana kecintaan pada Allah, kita sanggup berkorban hartabenda, masa, tenaga dan anak2 untuk menunaikan fardu haji ke Mekkah. Ini yg dituntut oleh Allah.
Seperkara lagi, ibadat Haji ini memerlukan kekuatan fizikal. Dari itu kengkawan, semasa mudalah kita dituntut menunaikan ibadat Haji. Ibadat tawaf, saei, melontar jumrah dan perjalanan dari Arafah (melalui Mudzalifah) ke Mina memerlukan kekuatan fisikal. Seringkali warga muda merasakan bahawa menunaikan fardu haji adalah semasa umur 50 keatas. Tetapi sebenarnya, semasa umur mudalah (30-40 tahun) masa yg terbaik menunaikan ibadat haji (jika wang sudah cukup). Allah ingin menguji kita sejauh mana kita sanggup “berkorban” demi Allah.
Korban juga berkait rapat dengan sabar. Sabar merupakan satu pengorbanan dan Allah sedang uji hamba2Allah yang sabar dari kalangan manusia. Tahap sesabaran seseorang diuji semasa keadaan sekeliling yg penuh sesak dgn manusia dan keadaan cuaca yg panas terik. Dari sifat sabar ini akan lahir sifat “syukur” dan “reda”.
Ibadah haji merupakan “konvensyen” tahunan untuk umat Islam. Tiap2 tahun 3 juta manusia dari penduduk dunia telah berjaya dijemput untuk konvensyen ini. Haji juga merupakan simbol “sesatuan” umat2 seluruh dunia dimana mereka memakai pakaian yg sama semasa “berkonvensyen”. 3 juta manusia adalah satu angka yg besar. Jika stadium bolasepak yg penuh memuatkan 50,000 orang dan setelah perlawanan bolasepak tamat, kita boleh bayangkan betapa sesaknya untuk keluar stadium. Amalan haji berjalan dari Arafat ke Mina setelah wukuf, menyaksikan seolah2 60 buah stadium bolasepak berkapasiti 50,000 orang keluar serentak! Ramainya manusia!!!
Dari bumi Mina inilah Islam tersebar luas kemarata pelusuk dunia. Dari ujian “korban” inilah para2 sahabat Rasulullah mula menyebarkan Islam seluas-luasnya.
Akhir sekali, kita sering mendoakan para2 bakal haji semoga mendapat haji “mabrur”. Haji mabrur adalah Haji yang sempurna dilakukan dan Allah terima haji tersebut. Bakal2 haji yg memperolehi haji mabrur akan ada tanda2 ketara. Mereka menjadi mukmin dengan melakukan segala suruhan Allah & meninggal segala larangan2 Allah setelah kembali ketanah air. Ini ialah kerana mereka cinta pada Allah dan Allah cinta kepada mereka.
“Selamat Haji Raya Haji (Korban)”
No comments:
Post a Comment