Catatan seterusnya ialah… apa lagi….ibadat puasa dibulan Ramadan
Suruhan wajib berpuasa ada dalam Surah Al-Baqarah Ayat:183. Ia mewajibkan kepada orang-orang yang beriman untuk berpuasa, sebagaimana umat2 terdahulu dari Nabi Muhammad dan objektif suruhan berpuasa adalah mudah2 kita BERTAQWA.
Madsud sebenar puasa ialah satu bentuk LATIHAN (training) supaya kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah pada bulan2 lain dari Ramadan.
Disamping itu Ramadan juga adalah bulan yg penuh keberkatan, keampunan dari Allah.
Inilah sifat Allah yg Maha Pemurah. Masa time training inilah diberi segala bonus yang berlipat kali ganda. Kalau di latihan ke sukan Olimpik, seseorang atlit memecahkan rekod semasa latihan, ia tidak dikira rekod rasmi, sebab ia dilakukan semasa latihan.
Lain pula dengan puasa…masa traininglah, jika rekod dicipta, ia akan diberi ganjaran yang lebih daripada masa2 rasmi…
Puasa bukan saja meliputi nafsu perut, bahkan ia juga meliputi 6 anggota badan yg lain. Mata, telinga, lidah (percakapan), kaki, tangan dan alat kelamin juga harus dijaga semasa latihan ini.
Amalan puasa ini telah lama dipraktikkan oleh umat2 sebelum Muhammad. Puasa juga dapat merehatkan perut kita dari menghadamkan makanan setiap masa. Dengan “servis” perut kita sekali dalam setahun, perut berfungsi dengan lebih baik lagi. Minda juga akan lebih cergas, kerana perut yg penuh menyebabkan seseorang hilang fokus dan cepat mengantuk.
Secara rumusannya, ibadat puasa adalah:-
Satu bentuk latihan supaya kita bertaqwa
Satu bentuk bonus/jualan murah, dimana Allah beri ganjaran melebihi masa2 lain
Satu bentuk servis untuk kesihatan dan kecerdasan tubuh badan
Mudah2 kita bertaqwa…Selamat Berpuasa..Amin
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment