Thursday, September 4, 2008

Puasa di Bulan Ramadan

Catatan seterusnya ialah… apa lagi….ibadat puasa dibulan Ramadan

Suruhan wajib berpuasa ada dalam Surah Al-Baqarah Ayat:183. Ia mewajibkan kepada orang-orang yang beriman untuk berpuasa, sebagaimana umat2 terdahulu dari Nabi Muhammad dan objektif suruhan berpuasa adalah mudah2 kita BERTAQWA.

Madsud sebenar puasa ialah satu bentuk LATIHAN (training) supaya kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah pada bulan2 lain dari Ramadan.

Disamping itu Ramadan juga adalah bulan yg penuh keberkatan, keampunan dari Allah.

Inilah sifat Allah yg Maha Pemurah. Masa time training inilah diberi segala bonus yang berlipat kali ganda. Kalau di latihan ke sukan Olimpik, seseorang atlit memecahkan rekod semasa latihan, ia tidak dikira rekod rasmi, sebab ia dilakukan semasa latihan.

Lain pula dengan puasa…masa traininglah, jika rekod dicipta, ia akan diberi ganjaran yang lebih daripada masa2 rasmi…

Puasa bukan saja meliputi nafsu perut, bahkan ia juga meliputi 6 anggota badan yg lain. Mata, telinga, lidah (percakapan), kaki, tangan dan alat kelamin juga harus dijaga semasa latihan ini.

Amalan puasa ini telah lama dipraktikkan oleh umat2 sebelum Muhammad. Puasa juga dapat merehatkan perut kita dari menghadamkan makanan setiap masa. Dengan “servis” perut kita sekali dalam setahun, perut berfungsi dengan lebih baik lagi. Minda juga akan lebih cergas, kerana perut yg penuh menyebabkan seseorang hilang fokus dan cepat mengantuk.

Secara rumusannya, ibadat puasa adalah:-

Satu bentuk latihan supaya kita bertaqwa
Satu bentuk bonus/jualan murah, dimana Allah beri ganjaran melebihi masa2 lain
Satu bentuk servis untuk kesihatan dan kecerdasan tubuh badan

Mudah2 kita bertaqwa…Selamat Berpuasa..Amin

Friday, August 22, 2008

Solat

Posting ke-4 saya ialah tentang amalan yg terpenting dalam hidup kita didunia.

Solat adalah amalan yg akan dihitung dahulu sebelum amalan2 lain.

Jika baik & sempurna solatnya..maka baiklah amalan2 lain. Sudah banyak buku/kitab yg menyentuh dan mendalami bab solat. Saya ingin menyimpulkan buat diri saya dan yg melayari blog saya.

Pertama, ibadah solat bemula dari mengambil wuduk lagi. Niat dihati dan perbuatan wuduk itu sendiri boleh mencerminkan solat yg akan didirikan. Hendaklah dilalukan airnya dengan sekata pada seluruh anggota badan yg dituntut.

Kedua, sebaiknya solat dilakukan pada awal waktu (jika ada kelapangan). Jangan ditangguh2kan.

Ketiga, sebaik2 solat dilakukan secara berjemaah (jika boleh). Fadilatnya 27 x lebih baik dari sembahyang sendirian.

Keempat, solat dilakukan dengan menyempurnakan 13 rukun dengan baik.

Kalau hendak dinilai, solat yg sempurna adalah ia dapat menghindar seseorang dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Kita sendiri boleh menilai solat kita..jika kita buat dengan baik, maka diri kita dapat menjauhi dari perbuatan2 keji & mungkar.

Untuk mendapat lebih ganjaran, dituntut kita utk melakukan solat2 sunat. Solat sunat yg sangat dituntut dia dilakukan pada waktu awal pagi (antara pukul 4.30~5.30 pagi).

Oklah..saya berdoa agar Allah terima amalan solat kita semua & memberi kekuatan utk melakukan solat pada awal pagi...amin

Tuesday, August 12, 2008

Al-Quran

Ini posting ketiga buat saya. Tajuknya adalah AlQuran..

Quran adalah kitab Allah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Ia sangat mulia.

Diturunkan kepada Muhammad SAW. Nabi Muhammad insan yang mulia.
Diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Malam tersebut sangat mulia.
Diturunkan di bulan Ramadan. Bulan tersebut bulan yg mulia.
Diturunkan di Kota Mekah & Madinah. Kota2 tersebut menjadi mulia.
Diturunkan di negeri Arab. Negeri Arab mendapat limpah rezeki yg banyak.

Orang yg baca AlQuran...orang tersebut menjadi mulia
Orang yg dengar ayat2 Quran..orang tersebut menjadi mulia
Orang yg faham madsud ayat2 Quran..meningkat lagi kemuliaannya
Orang yg yakin & beriman dgn ayat2 Quran..lagilah meningkat kemuliaannya
Orang2 yg mengajar kpd orang lain bacaan & ilmu Quran...lagi2lah meningkat kemuliaannya.

Saya menyeru kepada diri saya sendiri agar diberi kekuatan oleh Allah supaya saya dapat beristiqamah dengan membaca Quran setiap hari walaupun seminima satu potong ayat...

Dibulan Syaaban ini..saya sedang melatih diri supaya mendapatkan kekuatan supaya datang Ramadan, nanti kita sudah mempunyai momentum untuk membaca semaksima mungkin untuk mencari keredaan Allah...

Wednesday, July 30, 2008

Life is a journey

This is my second posting sempena Isra' Mikraj.

Life is like a journey, and we are the traveller.

As a traveller, it is better for us to carry just enough supply. Our baggage must be equipped with the basic things so that we can arrive to our destination without much hassle. Now change to bahasa melayu...Begitu juga bila kita sampai ke destinasi yang dituju..kita mestilah mempunyai tukaran wang asing yg secukupnya supaya kita boleh memulakan hidup di"negeri" baru berdasarkan matawang yang kita kumpulkan semasa kita menuju ke"negeri" tersebut.

Baggage adalah umpama apa yg ada didunia ini.Tak usahlah kita kumpul harta yg banyak kerana kita tidak akan membawanya ketika kita mati kelak. Cukup sekadar mengumpulkan keperluan2 asas semasa didunia ini. "Matawang asing" ibarat pahala yg perlu dikumpulkan supaya bila kita sampai di alam yg satu lagi..pahala yg dikumpulkan akan dapat memberi kita peluang untuk kesyurga Allah. Itulah matlamat si pengembara.

Pengembara seharusnya ingat akan destinasi yg dituju. Pengembara juga mesti ada cukup ilmu untuk selamat sampai kedestinasi. Pengembara juga mesti selalu bersiap sedia untuk mengharungi segala cabaran yg mendatang.

Kita juga mesti ingat akan kita sebagai hamba yg akan kembali kerahmat Allah (ie mati). Kita juga mesti mencari ilmu supaya kita akan selamat di dunia & akhirat. Kita juga mesti sentiasa bersiap dan beringat akan segala ujian dari Allah sebelum kita boleh diberi ganjaran yg hebat oleh Allah.

Isra' & Mikraj adalah peristiwa "pengembaraan" Nabi Muhammad SAW. Dari pengembaraan tersebutlah perintah solat diturunkan untuk sekelian manusia. "Pengembaraan" Nabi ini mempunyai beberapa "message" dari Allah. Sama-samalah kita renungkan dan mengambil iktibar daripadanya....

Tuesday, July 22, 2008

My first posting

I have been contemplating of starting my own blog since October 2007. But I did not know how to start. Maybe, I am shy as my writing will not be as interesting as many bloggers.

Anyway, here goes...

My main aim in writing is to remind myself that ALL of human beings are "hamba" to Allah. It is more a reminder to me than anyone else. We must not detach ourselves from Allah whether we are doing work, having a meal, talking to friends or merely relaxing. We must always get our intentions right by always consider Allah in ALL our actions. By this simple virtue mudah2an kita akan dapat keberkatan Allah dengan memasang niat bahwa walau apapun yang kita lakukan, kita niatkan ia sebagai ibadat kerana Allah Taala. Mudah2 dengan niat dan perbuatan kita..kerahmatan, pertolongan dan ganjaran dari Allah akan kita perolehi..Insyaallah