Saturday, June 6, 2015

Pesepsi negatif

Kita dikelilingi oleh banyak fikiran NEGATIF masakini.

Saya amat kagum dengan beberapa perkataan yang membawa pesepsi negatif dalam bahasa Melayu.

Mula dengan perkataan "haram jadah" yang selalu diungkapkan bila seseorang sedang marah.
Ungkapan tersebut sebenarnya berasal dari Mekah. Ramai pemandu teksi yang mengungkapkan perkataan tersebut yang bererti dari Mekah (Haram) ke airpot Jeddah (Jeddah). Maka terbentuklah "haram jadah".

Ungkapan "tak senonoh" juga adalah berkait dengan sesuatu yang negatif. Senonoh bermadsud sopan. Tak pulak kita dengar orang bercakap "Sungguh senonoh kau hari ini". Kerana perkataan senonoh sendiri digunakan khas untuk perkara2 negatif.

Masa kini Malaysia banyak dilanda pesepsi negatif. 1MDB jika disabitkan dengan mana2 syarikat dalam Bursa Saham akan membawa pesepsi negatif.

Peristiwa MH370 dan MH17, gempa bumi di Gunung Kinabalu, kejatuhan harga minyak, kejatuhan nilai Ringgit berbanding matawang asing lain semuanya adalah impak negatif yang melanda Malaysia.

Namun dengan kalimah "La ila ha ilallah", hati yang penuh beriman akan terus tenang dan menganggap segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dari yang Maha Mengetahui.

Let us all Pray and make Doa for Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

Semoga Allah satukan rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Kita merancang Allah juga merancang. Allah Maha Mengetahui apa yg sebenarnya berlaku. Sama2 kita doakan yg terbaik. Doa itu mengingatkan kita siapa Allah dan kuasaNya.