Pada 17 Jun baru-baru ini (2015), seperti lazim saya ke masjid untuk solat isya. Bukan tujuan saya nak menunjuk-nunjuk, tapi untuk menunjukkan bahawa solat jemaah isya di masjid selalunya adalah 1 saf ramainya.
Tetapi pada malam tersebut, wow! saya dapat kira ia meliputi 10 saf, iaitu 10 kali ganda dari kebiasaan. Ini ialah kerana malam tersebut bermulalah Ramadan Al-Mubarak. Selepas solat isya', ia disusuli dengan solat sunat tarawih dan sunat witir.
Sangat tepat sekali kata Allah, "Manusia hanya beri dakwah, tapi memberi hidayah (petunjuk) adalah milik mutlak Allah"
Betapa susahnya untuk mengajak jemaah ke masjid untuk solat jemaah, tetapi dengan Allah memberi Ramadan Al-Kareem, masjid dengan kuasaNya dipenuhi dengan jemaah. Masya Allah.
Engkaulah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Ramadan adalah bulan penuh berkat. Setiap Muslim mesti mengambil peluang untuk beribadat dengan sebaik-baiknya untuk mendapat keberkatan dari Allah dibulan Ramadan ini.
Namun kesan Ramadan akan hanya dirasai selepas Ramadan selesai. Masihkah masjid dipenuhi sebagaimana dalam bulan Ramadan? atau ia kembali seperti sebelum Ramadan?
Cuma kita sendiri yang boleh menjawab persoalan ini. Dan adakah Ramadan tahun ini memberi kesan kepada kita?
Ramadan adalah seperti mengikuti kursus (latihan) rohani. Matlamatnya, setelah selesai kursus, para peserta kursus akan terkesan dengan apa yang dilalui dalam kursus tersebut dan akan mendapat munafaat darinya. Kursus Ramadan adalah supaya orang2 beriman meningkatkan taqwa kepada Allah swt.
Wahai Allah, jadikan Ramadan kali ini Ramadan yang memberi kesan kepada kita semua dan tingkatkan taqwa kita kepadaMu Ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment