Saturday, November 26, 2011

Minggu cuti Maal Hijrah

Sempena cuti sekolah ini, anak2 kebanyakannya mengisi masa mereka dgn berbagai2 aktiviti.

Tak boleh nak disenaraikan betapa banyak yg mereka boleh buat. Tambah2 adik-beradik yg dirumah akan sentiasa bermain & dari bermain ini sering timbul pergaduhan.
Kalau 3 beradik lelaki bergaduh, tentu rumah boleh jadi gempa bumi. Dan ini boleh menyebabkan "stres" untuk ibubapa..

Itu yg para2 ibu mencari "Program Cuti sekolah" supaya mereka boleh "letakkan" anak2 ke program ini untuk membendung keadaan yg tidak terkawal dirumah. Rupa2nya program cuti sekolah ini adalah untuk para ibubapa, disamping kesan langsungnya kepada anak2.

Pada cuti panjang Maal Hijrah, saya mengisi masa lapang dgn memetik buah rambutan di pokok dirumah..Syukur kpd Allah, rumah di bandar Petaling Jaya menghasilkan rambutan yg banyak.

Kepada kengkawan yg mengikuti blog saya, silalah datang kerumah.. & boleh merasa rambutan PJ.

Man Utd seri dengan Newcastle (Magpies) 1-1 dalam perlawanan yg sangat menarik. Newcastle adalah pasukan yg nama gelarannya sama dgn saya.

Syukur, Newcastle & Man City, dua pasukan yg ada kaitan sejarah dgn saya bersama2 Man Utd kini mendudukki 3 posisi teratas EPL.

No comments: