Tuesday, August 9, 2011

Coretan Ramadan 1432H. Ibadat bukan buat sorang2

Coretan Ramadan

Malam ini sudah hari ke-9 berpuasa dalam bulan Ramadan 1432H penuh berkat.

Puasa, baca Quran, solat jemaah & terawih, tazkirah & ceramah diTV, baca majalah Solusi diamalkan sejak puasa bermula. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat saya laksanakan.

Kerja dibuat dengan baik & teliti. Alhamdulillah.

Doaku buat kesejahteraan diri, keluarga & ibubapa yang sudah kembali kerahmat Allah. Alhamdulillah. Ada satu doa yang baik dari Al-Quran (Surah Al A'raf:126) " Ya Tuhan kami, limpahkan kesabaran kepada kami & matikan kami dalam keadaan Muslim"

Namun, hari ke-9 ini, saya terasa akan terpanggil untuk membuat suatu amalan yang mulia. Sejak 8 hari yang lalu, saya membuat amalan secara solo & mengabaikan isteri & anak2. Saya rasa macam diri ini mengejar segala ganjaran Ramadan bersendirian & saya lupa akan isteri & anak2 juga harus diajak mengaut ganjaran Ramadan.

Saya terasa seolah2 diri ini tamak. Astaghfirullah..

Surah Tahrim:6 "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu"

Dari hari ini, saya cuba untuk menjadi imam kepada mereka & mengajak mereka untuk sama2 mengejar ganjaran Ramadan. Mungkin mereka sedikit keberatan. Namun usaha harus dijalankan supaya mereka sama2 dalam menjadi orang yg bertaqwa. Usaha dibuat dengan saya mengimamkan sembahyang jemaah Subuh & Maghrib serta baca Quran surah2 pendek.

Dakwah tetap dijalankan. Doa tetap dipohon. Moga2 Allah perkenankan doa & menjadikan kami sekeluarga mendapat ganjaran di bulan Ramadan penuh berkat.

Amin

2 comments:

rizal hashim said...

Assalamualaikum, saudara,

Selamat beribadah sepanjang Ramadhan Kareem.

Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan takziah atas pemergian ibu saudara. Moga rohnya tenang di sana.

Entri terbaru blog saudara harus mengundang ucapan tahniah kerana menjadi imam dan pemimpin keluarga yang harus dicontohi keluarga lain.
yang penting istiqamah dan berterusan.

Tahniah juga kerana mengimamkan solat jenazah ibu saudara kerana itu adalah antara hadiah paling besar buat ibu dan bapa kita sebelum jasad mereka disemadikan.

Semoga saudara sekeluarga dilindungi di bawah ArasyNya dan mendapat barokah dunia akhirat.

Salam maaf daripada kami sekeluarga.

Wassalam

Demagpie.blogspot.com said...

Mualaikum Salam. Terima kasih sir Rizal. Saya Akan sentiasa doakan kesejahteraan ibu dan ayah saya.