Monday, December 6, 2010

Mak mertua kembali kerahmat Allah

Sudah sekian lama tak menulis.

Saya tak berkesempatan utk menulis. Tanggal 6 Nov 2010 (Sabtu) adalah tarikh yg tidak dapat saya lupa.

Pada pagi tersebut, memang saya & keluarga dah rancang utk ke Merlimau, Melaka utk satu majlis perkahwinan kak Maznah. Kak Maznah pernah menjaga saya sewaktu saya darjah 1 hingga darjah 3. Beliau menolong emak di rumah semasa saya kehilangan nenek. Selepas tahun 1975, beliau kembali kekampung setelah 3 tahun bekerja di PJ.

Kak Maznah mempunyai seorang anak sahaja & beliau memang berharap saya & keluarga datang pada hari tersebut.

Namun panggilan telefon pada pukul 6.30 pagi mengubah segala perancangan. Emak mertua saya kembali kerahmat Allah dan kami terus ke Kota Bharu. Kami samapai pukul 2 petang & saya terus baca Quran (Fatihah & Baqarah) disisi beliau. Jam 3 petang, jenazah dimandi & dikafankan. Jam 5 petang, jenazah di sembahyangkan. Sejurus setelah disembahyangkan jenazah dibawa dari Tumpat ke Tanah Perkuburan Tok Panjang, Kota untuk dikebumikan. Saya menaiki van jenazah.

Jenazah selamat dikebumikan jam 6.30 petang. Saya rasa sedih atas pemergian beliau.

Sepanjang saya mengenali maa, beliau TIDAK pernah memarahi atau meninggikan suara kpd saya. Saya mula mengenali beliau semasa majlis pertunangan saya pada akhir tahun 1992. Beliau menerima saya seadanya. Sepanjang mengenali beliau, beliau mengidap penyakit darah tinggi & lelah. Tetapi sejak 3 minggu yg lalu, paru2 beliau rosak menyebabkan beliau terpaksa bernafas menggunakan bantuan mesin oksigen. Setahu saya beliau tidak pernah tinggal solat & tdk pernah marah pada orang. Saya yakin yg beliau tergolong dlm orang2 yg beruntung.

Sepotong ayat dari Surah AlFajr (27-30): Wahai org2 bernafsu mutmainnah. Kembali kesisi Tuhanmu dgn reda & meredai. & masuklah bersama hamba2 yg mengabdikan diri pdKu . & masuklah kedalam syurgaKu.

Kepada ibu tersayang.. kembalilah pada Allah dgn rasa penuh reda.

No comments: