Monday, September 20, 2010

Aidil Fitri

Catitan kali ini ialah mengenai Fitri (Fitrah)

Sesuai dgn berakhirnya Ramadan, umat Islam meraikan Aidil Fitri.

Hari kemenangan ini disambut umat Islam setelah kita menyelesaikan ibadat dibulan Ramadan. Kita menunaikan 4 drpd 5 rukun Islam dibulan yg terdapat didalamnya malam yg lebih baik dari 1000 bulan.

Ramadan ibarat satu sekolah latihan dimana jiwa & nafsu kita dilatih. Bukan saja kita dilarang makan & minum diwaktu siang, kita juga dilatih supaya menjaga tingkah laku, tuturkata, dan segala gerak-geri kita supaya kita menjadi orang yg bertaqwa.

Kita digalakkan membuat amal2 baik (baca Quran & bersedekah) supaya latihan ini dapat kita amalkan sepanjang hayat. Kita dilatih supaya bersembahyang jemaah dimasjid (tarawikh) & cintakan masjid dgn amalan iktikaf.

Terdapat 3 peringkat dlm bulan Ramadan. 10 pertama ialah keberkatan Allah, 10 kedua ialah keampunaan Allah. 10 terakhir ialah kebebasan dari api neraka. Dan kalau kita buat semua amalan2 ini sepanjang bulan Ramadan secara konsisten, PASTI kita akan dapat ganjaran LAILATUL QADAR.

Oleh itu hari raya disambut dgn memuji Allah kerana kita sudah "graduate" setelah menyelesaikan kursus dibulan Ramadan. Allah telah memberikan kita keampunannya, dan kita kembali kepada FITRAH, iaitu seumpama bayi yg suci dari segala dosa.

Marilah kita teruskan mengamalkan latihan yg kita buat dlm sekolah Ramadan supaya kita menjadi orang yg benar2 BERTAQWA.
Amin.. Allah kau terimalah hambamu dgn keredaanMu.

No comments: