Wednesday, April 14, 2010

Tanggal 3-9 Apr - badan terasa penat sekali

Assalamualaium,

Posting terbaru berkisar tentang apa yg berlaku pada minggu 3-9 Apr 2010.
Pada tanggal 3 dan 4 Apr 2010, syarikat tempat saya kerja ada buat kursus "team building" di Cherating, Pahang. Kami terpaksa menghadiri kursus dari 8.30 pagi hingga 11.30 malam pd 3 Apr. Penatnya bukan main, tapi seronok. Pada 4 Apr pula, kursus selesai jam 3, terus pulang keKL dan keesokkan harinya kerja. Badan yg telah berusia 46 tahun ini tidak dapat menahan kepenatan yg dialami* (Kerja)

Sampai nak solat fardu 5 waktupun terasa teramat penat. Inikan nak menunaikan solat berjamaah disurau berdekatan terasa penat sekali** (IngatAllah)

Ditambah pula dengan kerenah anak2 juga memberi cabaran yg sungguh besar dengan tidak mahu mendengar nasihat saya.*** (Anak2)

Pasukan yg diminati Man United pula mengalami kekalahan pada Chelsea & Bayern Munich melengkaplan minggu penuh cabaran**** (Man Utd)

Waw! Minggu ini, ke-empat2 label untuk blog ini sedang diuji Allah. Sehingga saya tak tahu mana label yg harus saya beri pada posting ini.

Namun begitu, syukur saya pada Allah kerana ujian sebegini diberi kepada saya, supaya saya merasa ujian sebagai satu bentuk proses utk lebih mensyukuri nikmat Allah.
Ya Allah, berikan aku kekuatan utk meredai ujian yg kau berikan kepadaku supaya aku lebih bertaqwa kepadaMu. Amin

1 comment:

ibnujusup said...

harap uncle bertambah sihat.. amin... mungkin uncle kene try madu khaula ... bapak saya selalu guna, kurang sakit2 badan sekarang..... tenaga pun rasa masih muda sikit.