Saturday, February 20, 2010

Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum,

Posting kali ini berkenaan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini bersempena sambutan Maulidur Rasul pada Jumaat depan.

Nabi Muhammad adalah Rasul Allah. Baginda adalah insan yg Allah sayangi. Baginda adalah insan yg harus kita contohi.

Dalam surah AlAhzab:56; "Sesungguhnya Allah & malaikat berselawat keatas nabi; Wahai orang2 beriman, selawatlah kamu kepadanya & ucaplah salam kepadanya (Nabi)". Oleh itu Allah dan para malaikat sentiasa berselawat keatas Nabi. Kita juga digalakkan berselawat keatas baginda.

Mengasihi Allah adalah mengasihi Rasulullah. Mengasihi Rasulullah bererti mengikut sunnah Rasul. Yakinlah bahwa kita memerlukan syafaat nabi diakhirat kelak. Dengan syafaat nabi, insyaallah dosa kita Allah ampunkan & kita masuk syurga. Hanya nabi Muhammad Allah anugerahkan syafaat kepada manusia.

Kalau kita tanya orang2 tertentu, beri satu sunnah Nabi, mereka akan jawab kahwin 4 itu sunnah Nabi. Kalau saya tanya anak bongsu saya (6 tahun), beri satu sunnah Nabi, dia jawab naik kuda.Lazimnya orang akan ingat kepada sunnah Nabi yg mereka suka.

Sesungguhnya sunnah Nabi amat luas sekali. Bekerja bersungguh-sungguh adalah sunnah nabi yg harus ditekankan.Setelah bekerja bersungguh-sungguh, kita mesti bertawakkal kepada Allah. Dan kita mesti buat apa yg Allah suruh & tinggalkan apa yg Allah larang.

Bekerja/berniaga dengan jujur & ikhlas juga satu sunnah Nabi. Orang2 kafir dapat memanafaatkan sunnah nabi lebih dari org2 Islam.Itu yg menyebabkan Allah berikan mereka kelebihan dari org2 Islam didunia ini.

Menjaga kebersihan, hormat orang lain, membuat kebaikan, semuanya sunnah nabi. Jika kita niatkan membuat kerja2 baik itu mengikut sunnah nabi, kita dah dapat pahala. Mudah nak dapat pahala.

Sempena Maulud Nabi ini marilah kita selawat keatas nabi & berniat mempraktikkan dgn bersungguh2 satu sunnah nabi dalam kehidupan kita. Semoga Allah beri kita kekuatan dlm mengerjakan amalan kita.

No comments: