Saturday, December 19, 2009

Salam Maal Hijrah 1431- Dari Chiangmai, Thailand

Semasa Asar tanggal 30 Zulhijjah (17 Disember '09), saya berada di Chiang Mai, Thailand.

Sebaik selesai mesyuarat berhampiran Maghrib, saya membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun sekaligus. Lazimnya, setiap awal tahun, masing2 memasang niat/azam baru.

Seperti juga saya, saya memasang niat pada awal tahun ini. Ini bukan untuk bongkak, tapi sekadar menulis didalam blog supaya niat ini betul2 niat.

Azam saya untuk mengamalkan puasa sunat sekali dalam seminggu, samada hari Isnin ataupun Khamis. Doakan agar azam ini dapat saya laksanakan.

Keesokkan harinya, saya telah dibawa oleh pihak penganjur ke kuil Buddha di Chiang Mai. Saya berada di atas bukit yang tinggi di Chiang Mai Province. Patung Buddha yg besar berada diatas bukit ini. Semasa waktu petang, sekitar jam 5 petang waktu Malaysia, saya sembahyang Asar (qasar) & jamak Zuhur diluar perkarangan kuil tersebut. Ini pertama kali saya solat diperkarangan kuil Buddha.


Salam Maal Hijrah

No comments: