Tuesday, November 24, 2009

Silaturrahim

Saya mendapat cuti sakit selama 5 hari. Sebenarnya bukanlah sakit, tapi cuti diberi supaya saya tidak menjangkitiorang lain. Ini ialah kerana sakit mata ini penyakit yg sangat senang berjangkit. Apapun, saya redha dengan apa yg berlaku.

Ada dua perkara yg saya nak catatkan

1. Nikmat bersenam
Saya mula berjogging setiap pagi selepas subuh. Saya membuat 3 pusingan yg memakan masa 45 minit. Yang saya ingin kongsi bersama ialah betapa nikmatnya badan setelah selesai bersenam. Badan rasa ringan dan peluh yg keluar adalah toksikyg keluar dari badan kita. Badan rasa sungguh segar dan ringan sekali. Saya berharap dapat bersenam sekurang2nya 3 kali dalam seminggu.

2. Silaturrahin
Terbaca saya akan artikel dalam majalah Anis. Tajuknya Beruntungnya hidup menyambung silaturrahim. Nak cerita sedikit perihal arwah ayah saya. Nama ayah Mustaffa bin Menfari. Semasa hidup beliau tidak pernah hendak bercerita fasal keluarga beliau. Kalau ditanyapun, terus dia tukar topik. Dia sekadar menjelaskan yg hidupnya sebatang kara sejak kecil lagi. Jadi, keluarga saya tertumpu kepada keluarga sebelah mak sahaja. Keluarga mak sangat rapat dan setiap 3 bulan, kami mesti berjumpa dalam satu majlis ilmu - Alhamdulillah.
Berbalik fasal arwah abah, semasa abah meninggal dunia Mac 2006, saya & keluarga dikejutkan dengan terdapat 5 lagi adik2 abah yg masih hidup. Mereka datang pada malam ayah meninggal. Mereka tinggal sekitar KL, mereka adik sama ibu tetapi lain bapa. Sejak hari itu, saya telah berkenalan dengan kelima2 bapa/mak saudarasaya - Alhamdulillah.
Mak saudara saya yg baru (busu Esah), menceritakan bahwa Menfari, datuk saya, berasal dari Pulau Bawyean, Indon. Orang kita panggil orang "Boyan". Menfari adalah pangkat "Kiya'i" dan mengembara ke bandar2 besar seperti Jakarta, Singapura & KL untuk berdagang kain & menyebarkan agama Islam. Busu kata, masih ada seorang lagi bapa saudara seibu/sebapa di Bawyean, Indon yg masih hidup,tetapi beliau sudah berumur lebih 70 tahun.
Jadi, saya memasang niat bahwa satu hari nanti saya mesti ke Pulau Bawyean, Indonesia untuk menjejakki asal usul saya dan menghubungkan kembali silaturrahim yg sudah lama putus.

Doakan saya...

Sunday, November 22, 2009

Slogan Satu Malaysia

Terpanggil untuk aku menulis mengenai gagasan Satu Malaysia yg disebut2 sejak kebelakangan ini

Sebelum itu aku ingin mengingati tanggal 19 Nov 2009 sebagai satu hari yg istemewa. Hari dimana aku menghantar mak dan anakku ke KLIA untuk ke New Zealand. Hari dimana kesemua anak2ku mula cuti sekolah penggal ketiga 2009. Hari dimana aku beserta semua keluargaku mendapat sakit mata (conjuntivitis). Ini adalah sedikit ujian Allah keatasku serta keluargaku, semoga kami hadapinya dengan sabar dan redha.

Berbalik kepada "Satu Malaysia" - slogan baru dari PM baru (NTR). Lazimnya setiap kali ada PM baru, kenalah ada imej baru. Sebelum ini ada "Islam Hadhari","Dasar Pandang keTimur", Kepimpinan Melalui Tauladan". Hampir semua GLC mempunyai lambang No. 1 dan logo syarikat GLC adalah didalam Nombor Satu tersebut.

Pada saya, semua slogan ini adalah cetusan idea untuk identiti. Cukuplah kalau kita berpegang pada 2 Kalimah Syahadah, sudahpun memadai. "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah". Kalimah ini berkekalan dari kita lahir (ayah akan azan pada bayi baru), sehingga kita sedang nazak (harap2 anak bisik pada kita) kalimah syahadah.

Saya juga ingin mengingatkan pada diri saya akan slogan yg sangat menarik "Wala khaufun alai him, walahum yahzanun". Madsudnya: "Dan tidak berasa takut atas mrk dan tidak mrk bersedih". Kalimah ini diulang sebanyak 5 kali dalam SurahAl-Baqarah. Seseorang Mukmin sejati mempunyai ciri2 ini. Dia tidak akan merasa takut (kecuali pada Allah) dan dia juga tidak akan bersedih (kerana baik buruk semuanya dari Allah).

Slogan Satu Malaysia takkan kekal. Kelak ada slogan lain yg akan menggantikan Satu Malaysia. Dari itu, bagi saya kalimah keramat adalah 2 kalimah syahadah yang kita ucapkan pada solat.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Saturday, November 14, 2009

Perihal mendidik anak

Anak adalah amanah Allah kepada kedua ibubapa. Anak juga merupakan ujian kepada kedua ibubapa dan seninambungan zuriat diatas bumi ini. Dengan nikmat anak, maka bertambahkah kukuhlah hubungan kekeluargaan. Tetapi perkara sebaliknya boleh berlaku dengan sebab anak juga, sesebuah keluarga boleh terjejas.

Mendidik anak bukan perkara yang mudah. Tambah pula dizaman serba moden ini, banyak faktor yg menjadikan didikan anak semakin mencabar.
Saya boleh senaraikan 4 faktor utama yg menjadi cabaran mendidik anak masakini:
1. Handphone. Pada saya ini adalah alat paling berharga kepada remaja, dimana handphone menjadi laluan kepada dunia luar yang penuh dengan cabaran
2. Internet. Ini juga merupakan satu lagi alat hubungan dengan dunia luar. Tambahan pula engan kadar "broadband" dan "prepaid phone" yg murah dan mudah didapati, kedua-dua alat ini sangat sukar untuk dikawal
3. Astro. Satelite TV ini juga mempunyai unsur barat yg sangat kuat mempengaruhi remaja masakini. Dengan saluran TV 24jam yang banyak, hiburan ala budaya cukup mudah untuk
diterapkan dalam hati remaja.
4. Kawan sealiran. Kawan2 menjadi pelengkap kepada ketiga-tiga senjata diatas. Dengan adanya
kawan2 yg sealiran, remaja boleh bersama2 bertukar-tukar nota dan menyusun strategi
lanjut untuk "mempraktikkan" segala informasi yang dikumpulkan dari alat2 tersebut.

Daripada cabaran2 diatas saya ingin berkongsi akan Surah Loqman dimana Allah menceritakan perihal Loqman yang mendidik anaknya. Terdapat 4 pesanan Loqman
1. Jangan Mempersekutukan Allah. Ini adalah kezaliman yang terbesar sekali
2. Berbuat baik kepada kedua orang tua. Ini adalah satu-satunya ciri yang harus dipupuk kepada anak-anak
3. Sesungguhnya Allah mengetahui dan memberi balasan kepada setiap perkara yg kita lakukan dalam muka bumi ini. Maka sentiasa lakukan perkara2 baik
4. Dirikan solat, suruhlah manusia berbuat baik dan cegahkan dari membuat mungkar, dan
bersabarlah terhadap apa yg menimpa dirimu, serta janganlah sombong serta sentiasa
sederhana dalam segala sesuatu

Loqman mendidik anaknya dengan penuh hemah dengan bercakap dengan perkataan yg lunak dan dengan penuh perasaan kasih sayang. Inilah cara2 yg telah dianjurkan oleh Allah dalam mendidik anak.

Selamat mendidik anak dan jangan lupa doa pada Allah .

Saturday, November 7, 2009

Perihal hujan yg turun utk menjana elektrik

Saya bertugas di Tenaga Nasional Berhad. Sudah 22 tahun saya bekerja di TNB.

Sekarang saya bertugas sebagai Jurutera Production. Tugas utama saya adalah membuat perancangan dalam menggunakan 3 jenis sumber untuk menjana elektrik dengan seoptima mungkin. DiSemenanjung Malaysia, terdapat 3 sumber utama untuk menjana elektrik. Ia adalah gas, arangbatu dan air.

Saya nak sentuh sikit fasal sumber air. Kita mempunyai beberapa stesen janaelektrik yang menggunakan air untuk menjana elektrik. Setiap tahun tugas unit saya adalah untuk menentukan paras air pada empangan utama diturunkan pada paras minima bertujuan untuk tadahan air yg besar pada bulan Nov, Dis dan Januari.

Paras empangan harus diturunkan pada paras paling minima pada tarikh 1 Nov setiap tahun. Mulai bulan Nov, kami akan menunggu hujan lebat turun untuk mengembalikan paras air keparas tinggi. Kekadang paras air melepasi paras maksima menyebabkab empangan melimpah. Kekadang hujan turun dengan sedikit menyebabkan empangan cuma pada paras separuh sahaja. Kekadang hujan lebat turun bulan Nov dan kekadang hujan lebat turun lewat sehingga lewat Februari. Kekadang hujan turun pada kawasan tadahan tapi ada juga hujan turun diluar kawasan tadahan.
Yang menjadi persoalan setiap tahun, bila hujan akan mula turun, dimana ia turun dan berapa banyak ia turun. Kami membuat kajian bahwa 3 soalan tersebut mustahil untuk dijawab. Kita hanya boleh meramal secara statistik sahaja.

Saya ingin kongsi ayat Quran Annur:43"Tidakkah kau lihat bahwa Allah jadikan awan bergerak perlahan, kemudian dikumpulkannya, lalu dijadikan bertompok-tompoklalu hujan keluar dari celah2nya, dia turunkan butiran dari langit, dari gunung2, maka ditimpakan pada siapa Diakehendakki dan dihindarkan dari siapa Dia kehendakki.."

Jadi kuantiti hujan yg Allah turunkan adalah terpulang pada Allah samada ingin diturunkan atau sebaliknya. Dari Allahlah datang segala sesuatu dan kepadaNyalah semua akan kembali.