Tanggal 29 Ogos 2011.
Bangun subuh & seperti biasa baca Quran sehingga penghujung Juz 28. Alhamdulillah.
Tidur dari 6.45 hingga 8.30 pagi. Kemudian bersih2kan rumah dan periksa setiap lampu raya. Ada 4 mentol yg harus dibeli supaya semuanya 100% menyala.
11.30, ke pejabat di Bangsar, ada mesyuarat ACOC, sehingga waktu Zuhur bersama Dato' Azman. Zuhur & Asar disurau Pajar. Buka bersama2 isteri di Syed PJ, sementara anak2 berbuka di KFC. Hasrat nak bertakbir bersama2 khariah Pajar, tapi rasa2 tahun ini cuma bertakbir dirumah. Pukul 9.15 bersama isteri ke Chow Kit. Jam teruk, orang ramai macam ulat. Isteri beli 2 baju Melayu Teluk Belanga untukku. Terima kasih.Saya cuma lihat manusia depan Balai Polis Dang Wangi. 11.15 baru isteri habis shopping. Terus hantar kuih di Gombak.
Sampai rumah tepat jam 12 tengah malam. Alhamdulillah puasa kali ini baik sekali. Dapatkah aku merasa Ramadan tahun hadapan??
Friday, September 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment