Waktu buka puasa, memasukki 15 Ramadan, saya lihat ibu saya tiba-tiba rebah terus ke lantai. Dia memang sudah 1 minggu demam panas, tapi kali ini, badan dia memang cukup lemah, sehingga nak bangun dengan sendiripun tak terdaya.
Tanpa melengah2 lagi, saya terus bawa dia ke hospital UH, ke wad kecemasan & trauma. Sampel darah & air kencing serta x-ray dibuat kepada ibu. Kandungan gula pada darah ibu adalah 4 kali ganda paras normal. Dia terus dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Buah pinggangnya terlalu kering akibat kandungan gula yg cukup tinggi dan rawatan IV terus diberi. Insulin juga terus di "inject" untuk menurunkan kadar gula dalam darahnya.
Pada masa saya tulis ini, tanggal 21 Ramadan, sudah 6 hari ibu berada di hospital. Dia beransur pulih, dan saya menemani beliau pada waktu antara 11 pagi hingga 6 petang.
Saya sentiasa memerhatikan suasana disekitar hospital. Ramai pesakit-pesakit yg berada di wad dgn sikap yg berbeza2. Ada yg takut, ada yg sedih dan ada yg menerima sakit dgn hati yg cukup tenang. Saya cuba bayangkan, jika saya yg terlantar dihospital, bagaimana pula sikap saya pada waktu tersebut?
Para pelawat juga memainkan peranan yg cukup besar. Ada satu pesakit yg langsung tak ada pengunjung. Dia berasa sedih melihat orang lain mempunyai pelawat. Saya tak sampai hati nak tanya perasaan beliau, tapi dari air mukanya, memang dia rasa sedih. Memang kita digalakkan utk mengunjung mereka yg sakit, kerana kesan pada pesakit cukup besar sekali. Disamping itu, kita dapat merasakan bahwa nikmat sihat adalah satu2 nikmat yg kita sentiasa ambil ringan.
Setiap anggota badan yg Allah ciptakan mempunyai fungsi masing2. Maha Suci Allah yg mencipta manusia dengan sebaik2nya. Setiap enzim dalam badan amat penting demi untuk sistem badan kita. Tidak mungkin jika semua ini terjadi dengan sendiri. Yakinlah bahwa ada satu Zat yg mengawal segala yg dilangit & dibumi.
Sambil saya melihat wajah ibu, saya terkenang akan kisah2 silam semasa saya masih kecil bersama mak. Walaupun saya dibesarkan oleh datuk & nenek, namun mak mula menjaga saya pada usia 8 tahun setelah nenek meninggal dunia. Berada dihospital bersama mak pada Ramadan ini saya kira adalah sebagai suatu pengajaran bagi saya, bahwa nikmat sihat adalah satu2 nikmat yg kita sering lupa. Dari itu, marilah sama2 kita panjatkan puji2an pada Allah yg dgn nikmat sihat yg diberi dapat kita beribadat kpdNya.
Amin