Tuesday, April 27, 2010

Anak sulong dapat 8A pd PMR




Tanggal 24 Apr 2010, saya menghadiri majlis penyampaian hadiah untuk anak sulong saya.


Sebelum ini, pada 1 Apr yg lalu, anak saya telah mendapat penghargaan dari sebuah badan koperasi kerana berjaya dalam PMR beliau. Pada majlis tersebut, Tengku Puan Pahang telah memberi hadiah kepadanya.



Sebagai seorang bapa, saya rasa sangat bangga dengan anak saya mendapat penghargaan dari pihak sekolah kerana mendapat 8A dalam PMR tahun 2009.




Dari segi sekolah, anak saya ini ke SMK (P) Sri Aman di Petaling Jaya. Sekolah ini berhampiran dengan rumah saya (1km sahaja) dan saya bersyukur akan nikmat Allah yg diberi. Sekolah ini adalah antara 4 sekolah harian yg diberi status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia adalah SATU sekolah di seluruh negeri Selangor yg diberi pengiktirafan tersebut.



Anak sulong saya ini mulanya mempunyai sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri di sekolah ini semasa Tingkatan 1. Tetapi berkat dari Allah, dengan sifat sabar dan sungguh2 saya dan isteri, kami sentiasa memberi dorongan, sokongan diiringi doa supaya anak2 kami berjaya.Alhamdulillah, usaha serta doa kami berhasil. Beliau mendapat 8A dalam kesemua matapelajaran yg diambil.




Teringat semasa saya mendudukki SRP (Tingkatan 3) pada tahun 1980 yg lalu. Saya mendapat 7A dimana ada 1 matapelajaran yg saya tidak mendapat A. Seingat saya, saya tidak pernah mendapat apa2 hadiah akedemik semasa majlis penyampaian hadih di MCKK dahulu. Mungkin kerana di MCKK, memang sukar nak dapat anugerah akedemik kerana semua pelajar2nya sangat bagus. Saya cuma mendapat hadiah semasa Hari Sukan sahaja. Itupun kerana saya dianugerah Tuhan baik dalam acara olahraga.



Namun begitu, sebagai seorang bapa, rasanya lebih bangga melihat anak mendapat hadiah dari diri sendiri yg mendapat hadiah. Semoga kesemua anak2 saya mencapai kejayaan akademik dan menjadi anak2 yg solehah. Saya harus membimbing mereka agar jangan tinggal solat semasa hidup ini.



Amin

Mencapai IKHLAS

Posting kali ini berkenaan Ikhlas.

Terpanggil untuk menulis berkenaan dengan topik ini. Setiap perbuat yang dibuat dengan ikhlas mendapat ganjaran yg besar dari Allah taala.
Untuk mencapai tahap keikhlasan, terdapat 4 perkara yg harus dicapai.
1. Jika dia diberi nikmat dia SYUKUR
2. Jika dia diberi cubaan dia SABAR
3. Jika dia dizalimi dia MAAFKAN
4. Jika di menzalimi dia MINTA MAAF

Senang sungguh nak capai tahap ikhlas. Tapi cuba kita buat tengok. Senang ke?
Cakap memang senang, nak buat, hati ini kena betul2 bersih.
Untuk mencapai ke-4 perkara diatas, terdapat 4 sifat yg perlu ada pada diri kita
1. Yakin pada Rukun Iman yg 6
2. Sabar dalam segala urusan & situasi
3. Adil dalam segala urusan & situasi
4. Jihad (bersungguh2 dalam memerangi nafsu
Nampak macam boleh buat aje... Cuba buat tengok?
Untuk mencapai sifat-sifat 4 diatas ada 4 perkara yg harus kita buat
1. Selalu bangun solat malam (1/3 malam)
2. Selalu puasa sunat (Isnin & Khamis)
3. Selalu baca Quran (& belajar makna & pengajarannya)
4. Selalu berdamping dgn para ulamak ie.hadir majlis ilmu, solat berjemaah dll

Again, nampak macam boleh buat aje... Cubalah & lihat akan kesannya
Tak susah, ingat 4 perkara, 4 sifat & 4 perbuatan....

Selamat beramal

Wednesday, April 14, 2010

Tanggal 3-9 Apr - badan terasa penat sekali

Assalamualaium,

Posting terbaru berkisar tentang apa yg berlaku pada minggu 3-9 Apr 2010.
Pada tanggal 3 dan 4 Apr 2010, syarikat tempat saya kerja ada buat kursus "team building" di Cherating, Pahang. Kami terpaksa menghadiri kursus dari 8.30 pagi hingga 11.30 malam pd 3 Apr. Penatnya bukan main, tapi seronok. Pada 4 Apr pula, kursus selesai jam 3, terus pulang keKL dan keesokkan harinya kerja. Badan yg telah berusia 46 tahun ini tidak dapat menahan kepenatan yg dialami* (Kerja)

Sampai nak solat fardu 5 waktupun terasa teramat penat. Inikan nak menunaikan solat berjamaah disurau berdekatan terasa penat sekali** (IngatAllah)

Ditambah pula dengan kerenah anak2 juga memberi cabaran yg sungguh besar dengan tidak mahu mendengar nasihat saya.*** (Anak2)

Pasukan yg diminati Man United pula mengalami kekalahan pada Chelsea & Bayern Munich melengkaplan minggu penuh cabaran**** (Man Utd)

Waw! Minggu ini, ke-empat2 label untuk blog ini sedang diuji Allah. Sehingga saya tak tahu mana label yg harus saya beri pada posting ini.

Namun begitu, syukur saya pada Allah kerana ujian sebegini diberi kepada saya, supaya saya merasa ujian sebagai satu bentuk proses utk lebih mensyukuri nikmat Allah.
Ya Allah, berikan aku kekuatan utk meredai ujian yg kau berikan kepadaku supaya aku lebih bertaqwa kepadaMu. Amin