Bangun Subuh. Takbir raya solo.
Jam 6.45, Aman ajak ke kubur Mak di Bukit Kiara. Faisal & Jajak ikut sama. Dapat buat sedikit doa buat ibu. Singgah ke kubur kawan baik (arwah Zul) berhampiran kubur mak. Terus ke kubur PakNgah semuanya di Bukit Kiara.
Jam 8.15 bersama isteri & semua anak2 ke Masjid seksyen 16 PJ. Lepas solat raya, jamah juadah disediakan pihak masjid. Jam 10, rumah mak saudara. Jam 11 upacara salam bermaafan, bergambar & beri duit raya. Jam 12, ke kubur Kg Tungku, arwah ayah, datuk dan nenek. Jam 1 ke Ampang, rumah bapa saudara. Jam 3 kerumah mak saudara diBangsar, Jam 5 ke Klang (tok saudara) & akhir sekali Jam 7 ke Shah Alam (adik). Sampai rumah jam 9 malam untuk sambung Quran 1 Juz hingga akhir Juz29.
Terlebih makan, tapi 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran
Friday, September 9, 2011
Hari terakhir puasa
Tanggal 29 Ogos 2011.
Bangun subuh & seperti biasa baca Quran sehingga penghujung Juz 28. Alhamdulillah.
Tidur dari 6.45 hingga 8.30 pagi. Kemudian bersih2kan rumah dan periksa setiap lampu raya. Ada 4 mentol yg harus dibeli supaya semuanya 100% menyala.
11.30, ke pejabat di Bangsar, ada mesyuarat ACOC, sehingga waktu Zuhur bersama Dato' Azman. Zuhur & Asar disurau Pajar. Buka bersama2 isteri di Syed PJ, sementara anak2 berbuka di KFC. Hasrat nak bertakbir bersama2 khariah Pajar, tapi rasa2 tahun ini cuma bertakbir dirumah. Pukul 9.15 bersama isteri ke Chow Kit. Jam teruk, orang ramai macam ulat. Isteri beli 2 baju Melayu Teluk Belanga untukku. Terima kasih.Saya cuma lihat manusia depan Balai Polis Dang Wangi. 11.15 baru isteri habis shopping. Terus hantar kuih di Gombak.
Sampai rumah tepat jam 12 tengah malam. Alhamdulillah puasa kali ini baik sekali. Dapatkah aku merasa Ramadan tahun hadapan??

Subscribe to:
Posts (Atom)