Sunday, February 21, 2010

My family's pet

Assaalamualaikum,

Teruja pula saya untuk menulis fasal peliharaan haiwan dirumah saya.Terdapat 3 haiwan peliharaan dirumah.

1. Arnab
Nama dia Lis. Dia arnab betina berwarna putih. Jinak, tapi akan bertukar "agresif" masa dia lapar. Dia makan rabbit food.

2. Kucing
Nama dia Blue. Dia kucing betina yg berbulu lebat. Kucing yang sangat manja. Makan cat food berjenama "Science Planet". Recently gave birth to 3 kittens (Coco, Caramel & Casper)

3. Hamster
Nama dia Blacky. Hamster jantan yg sangat aktif diwaktu subuh. Dia tidur waktu siang dan aktif diwaktu malam.

Setiap hari saya melihat ketiga2 binatang ini dengan memuji Allah. Ketiga2 binatang ini dijadikan Allah supaya manusia dapat melihat keindahan ciptaan Allah. Binatang2 ini jinak dan manja. Jika kita berbuat baik kpd mereka dgn ikhlas, maka lumrah alam, mereka akan baik dgn kita dan Allah akan memberkati kita. Maha suci Allah & segala pujian kepadaMu.

Saturday, February 20, 2010

Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum,

Posting kali ini berkenaan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini bersempena sambutan Maulidur Rasul pada Jumaat depan.

Nabi Muhammad adalah Rasul Allah. Baginda adalah insan yg Allah sayangi. Baginda adalah insan yg harus kita contohi.

Dalam surah AlAhzab:56; "Sesungguhnya Allah & malaikat berselawat keatas nabi; Wahai orang2 beriman, selawatlah kamu kepadanya & ucaplah salam kepadanya (Nabi)". Oleh itu Allah dan para malaikat sentiasa berselawat keatas Nabi. Kita juga digalakkan berselawat keatas baginda.

Mengasihi Allah adalah mengasihi Rasulullah. Mengasihi Rasulullah bererti mengikut sunnah Rasul. Yakinlah bahwa kita memerlukan syafaat nabi diakhirat kelak. Dengan syafaat nabi, insyaallah dosa kita Allah ampunkan & kita masuk syurga. Hanya nabi Muhammad Allah anugerahkan syafaat kepada manusia.

Kalau kita tanya orang2 tertentu, beri satu sunnah Nabi, mereka akan jawab kahwin 4 itu sunnah Nabi. Kalau saya tanya anak bongsu saya (6 tahun), beri satu sunnah Nabi, dia jawab naik kuda.Lazimnya orang akan ingat kepada sunnah Nabi yg mereka suka.

Sesungguhnya sunnah Nabi amat luas sekali. Bekerja bersungguh-sungguh adalah sunnah nabi yg harus ditekankan.Setelah bekerja bersungguh-sungguh, kita mesti bertawakkal kepada Allah. Dan kita mesti buat apa yg Allah suruh & tinggalkan apa yg Allah larang.

Bekerja/berniaga dengan jujur & ikhlas juga satu sunnah Nabi. Orang2 kafir dapat memanafaatkan sunnah nabi lebih dari org2 Islam.Itu yg menyebabkan Allah berikan mereka kelebihan dari org2 Islam didunia ini.

Menjaga kebersihan, hormat orang lain, membuat kebaikan, semuanya sunnah nabi. Jika kita niatkan membuat kerja2 baik itu mengikut sunnah nabi, kita dah dapat pahala. Mudah nak dapat pahala.

Sempena Maulud Nabi ini marilah kita selawat keatas nabi & berniat mempraktikkan dgn bersungguh2 satu sunnah nabi dalam kehidupan kita. Semoga Allah beri kita kekuatan dlm mengerjakan amalan kita.

Monday, February 8, 2010

Man Utd - bersedia utk melakar sejarah

Manchester United sekarang dalam posisi yang baik. Selepas 25 perlawanan, mereka ditempat kedua dan jika mereka berada dalam 2/3 mata dari pendahulu EPL pada akhir Mac, saya berpendapat bahwa gelaran Juara EPL kali ke-empat boleh diperolehi.

Ini ialah kerana mereka mempunyai gandingan pemain2 berpengalaman dalam situasi "run-in". Pemain2 seperti Giggs, Scholes, Ven de Sar dan Ferdinand boleh melaksanakan strategi untuk menang dalam 5 perlawanan terakhir, seterusnya menjulang Liga EPL. Strategi Sir Alex sangat berkesan, dan saya yakin MU berjaya menjuarai EPL musim ini.

Jika MU menang Liga EPL musim ini, mereka akan mencatitkan 2 sejarah.


1. Kelab pertama memenangi Liga 4 kali berturut2

2. Piala musim ini adalah Piala Liga ke-19 dimenangi MU, yang akan memintas Liverpool yang telah memenangi Liga Inggeris sebanyak 18 kali.

OK, buat masa ini. Posting kali ini menggabungkan dakwah dan MU. Harap dimunafaatkan seadanya.

Yakin pd Allah - Allah pasti tolong hambanya

Assalamualaikum semua,

Sepanjang Jan 2010, saya tidak menulis. Saya sangat sibuk dengan tugas harian serta hal anak2.

Tanggal 29 Jan 2010, genaplah usia saya 45 tahun. Alhamdulillah, saya dipanjangkan umur setakat ini tanpa sebarang penyakit.Tarikh lahir disambut dengan majlis makan bersama keluarga terdekat disebuah restoran di PJ. Alhamdulillah, dapat sama2 menikmati makanan serta mengeratkan silaturrahim.

Tulisan kali ini berupa keyakinan dan menyerahkan diri kepada Allah. Saya menyeru kepada semua,kalau kita ambil Allah sebagai tempat bergantung, nescaya Allah akan bantu kita. Jangan kita bergantung kepada selain Allah. Kerana Allah adalah Tuhan kita. Yakinlah pada Allah- nescaya Allah akan bantu kita.

Selamat Beramal