Sunday, July 19, 2015

Raya 2015

Hari raya aidil fitri 2015 disambut dengan meriah dan sederhana. Tidak kurang memuji Allah dan mensyukuri segala nikmat2 Allah yang kita kecapi.

Semuanya datang dari Allah. Yang baik itu adalah nikmatNya dan yang buruk itu adalah ujian dariNya supaya kita dekat dan sentiasa berdamping padaNya.

Pagi raya, subuh kemudian menziarahi kubur bonda, bapa saudara dan tok saudara di Tanah Perkuburan Kiara.

Solat hari raya bersama keluarga. Kemudian kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara.
1. Rumah mak saudara, PJ
2. Rumah jiran, PJ
3. Rumah mak saudara, Bangsar
4. Rumah bapa saudara, KL
5. Rumah kawan, Ampang
6. Rumah tok saudara, Klang
7. Rumah bapa saudara, Damansara

Tidak lupa menziarahi kubur ayah, tok dan nenek di Tanah Perkuburan PJ.

Sungguh meriah suasana dimana anak2 diberi duit raya dan kelihatan mereka begitu gembira sekali.
Kawan2 berutus mesej melalui smartfon dan berkongsi gambar. Syukur pada Allah atas nikmatNya.
Marilah kita sama2 menyambung segala amal soleh yang kita lakukan dalam bulan Ramadan ke bulan2 lain. Semoga Allah memberi kita hidayahNya.


Salam lebaran dari saya sekeluarga

Hari terakhir Ramadan 2015

Lazimnya saya ada menulis coretan pada hari terakhir Ramadan.

Bangun sahur dengan 1 tamar, air kosong dan ubat2an. Terus solat subuh di surau berdekatan. Tanggal hari Khamis 16 Julai, saya sudahpun bercuti.

Jam 9.30, saya ke bank, hantar duit pada anak di NZ, hantar baju dobi dan beri makan kucing2 saya.
Seperti biasa tadabbur Quran. Kali ini bukan untuk tujuan khatam, tapi sekadar setiap hari harus baca Quran walaupun sepotong ayat.

Zuhur/Asar berjemaah disurau... Alhamdulillah.

Sejurus sebelum berbuka, doa saya pada Allah agar ditemukan Ramadan akan datang. Saya sudah buat yang terbaik, dan ujian seterusnya adalah mengamalkan apa yang saya amalkan dalam bulan Ramadan ke dalam bulan2 yang lain secara berterusan.

Ya Allah bantulah aku untuk membuat segala amalan dalam bulan Ramadan ke dalam bulan2 yang lain.

Satu perkara yang saya ingat sejak masa umur saya 7 tahun lagi menjelang 1 syawal ialah air minuman raya tradisi saya.(F&N oren). Malam semasa pulang dari takbir di surau, saya membeli minuman tersebut.



F&N oren (ais), ketupat, rendang dan lagu raya nyanyian allahyarhamah Saloma adalah tradisi raya saya sejak tahun 1972. (sejak saya ingat!)

Salam Aidil Fitri dari saya sekeluarga.