Friday, October 30, 2009

Menghayati ciptaan Allah

Posting kali ini, tergerak hati saya menulis akan apa yang saya lihat pada kejadian alam dan saya kaitkan dengan ayat Al-Quran dan Memuji Kebesaran Allah.

Saya lihat tiap pagi, tanpa ragu-ragu, selepas solat subuh, langit menjadi cerah dan bermulalahhari yang baru. Syukur pada Allah akan nikmat ini.
Saya kaitkan dengan surah Al-Imran:190
Madsudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan Allah) bagi orang2 berakal.

Kemudian saya fikir pasal udara (oksigen) yang kita ambil untuk terus hidup. Ia didapati daripada tumbuhan yang mengambil C02 dan menghasilkan 02 untuk kita terus hidup. Alhamdulillah.
Saya kaitkan dengan surah Yasin: 80
Madsudnya: Iaitu (Allah) menjadikan api untukmu dari kayu yang hijau, maka kamu nyalakan (api) darinya.
Allah memberitahu kita O2 (yang dibuat untuk nyalakan api) datang dari kayu yang hijau (tumbuhan)

Memang tidak terhitung nikmat Allah pada manusia. Kita dah jadi "take things for granted". Kita lupa akan nikmat Allah.
Saya kaitkan dengan surah ArRahman: 13 (31 kali diulang)
Madsudnya: Maka pada nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan

Memang tidak terhitung nikmat Allah kepada kita. Cukuplah kita sedar bahawa Allah sangat menyayangi kita semua.
Saya kaitkan dengan surah AlKahfi: 109
Madsudnya: Katakan (Muhammad) sekiranya lautan menjadi tinta (dakwat) untuk kalimat (nikmat)TuhanKu, tentu habis lautan sebelum habis kalimat2 Tuhanku mestipun kami tambah dengan sebanyak dengannya (lautan).

Syukur pada Allah dan Pujian kepada Allah Tuhan seluruh sekelian alam....

Monday, October 19, 2009

Terkenang ku pada semua….

Posting kali ini aku tujukan kepada semua kawan-kawan yang mengenali diriku.

Tiba-tiba saja aku terkenangkan semua kawan-kawanku. Dari sekolah rendah SRK Sultan Alam Shah (1) di Petaling Jaya pada tahun 1977 (darjah 6). Terus kepada rakan-rakan (more like brothers actually) di Malay College Kuala Kangsar (1978-82). Diikuti rakan-rakan di Brighton College “A levels” tahun 1985. Terus kepada rakan-rakan Thames Polytechnic, SouthEast London Class of 1988.

Dengan adanya teknologi, kami dapat disatukan dalam alam siber yang boleh memudahkan kita berhubung setelah sekian lama membawa diri masing-masing.

Kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat Allah kepada kita yang sehingga kini diberi nikmat yang melimpah-ruah. Tidak lupa kepada kawan-kawan yang telah kembali ke rahmat Allah, sedekah Al-Fatihah mengiringi kengkawan.

Sekali lagi, syukur kehadrat Allah yang telah menemukan dan memisahkan kita. Semoga segala jalinan persahabatan dapat kita eratkan dengan pertolongan teknologi serta semangat ukhuwah yang kuat.

Salam buat semua……

Monday, October 12, 2009

Coretan pada penghujung Ramadan 1430h

Aku masih ingat lagi pada hari tersebut. Hari Sabtu 29 Ramadan 1430h bersamaan 19 Sep 2009.

Hari yang pada waktu paginya sangat panas. Dari sejak Subuh aku cuba khatam Quran. Aku bermula dari mukasurat 562 Surah ke-67 (Al-Mulk) dan berhenti pada surah 76 (Al-Insan). Terasa penat dan berhenti pada jam 7.00 pagi. Terus aku berehat dan tertidur sehingga jam 8.30 pagi.

Pada lewat pagi, aku masukkan duit raya dalam sampul dan mengenakan butang Baju Melayu dan menyiapkannya beserta samping untuk dipakai pada esok hari. Raya tahun ini aku memakai baju Melayu berwarna merah menyala yang pernah ku pakai pada raya tahun 1997. Ternyata aku masih boleh memakai baju dan seluar 12 tahun yang lalu. Waktu Zuhur disurau Salehuddin dan ku sambung membaca Quran hingga tamat jam 3.00 petang. Alhamdulillah berjaya juga khatam Ramadan ini.

Terus aku ke Digital Mall membeli FM transmitter. Ini bertujuan untuk memasang koleksi lagu raya dalam thumb drive untuk didengar didalam kereta semasa memandu balik ke Kota Bharu pada raya kedua nanti. Lagu Raya kegemaranku ialah dendangan Seniwati Saloma dan M.Nasir. Tidak ketinggalan lagu dendangan Anuar/Elina.

Jam 4.30 Asar di surau Pajar, dan cuaca mula hujan dengan lebatnya. Dah janji dengan adik serta sepupuku untuk membersihkan kubur Tok, Nenek dan abah sejurus selepas Asar, namun cuaca tidak mengizinkan. Hujan berterusan hingga jam 7.00. Jam 7.15 malam waktu berbuka puasa dan tanda berakhirnya Ramadan 1430h. Hafalan Asmaul Husna (99 Nama2 Allah) dan surah Al-Fajr (31 ayat) harus aku kekalkan sehingga Ramadan akan datang.

Maka bermulalah aku bertakbir, tahlil dan tahmid tanda syukur kepada Allah kerana dengan kurnianya dapatku lalui Ramadan dengan baik. Kuharap segala amalan dibulan Ramadan akanku kekalkan dengan rasa tunduk dan syukur kepada Yang Maha Esa.

Amin….