Friday, October 30, 2009

Menghayati ciptaan Allah

Posting kali ini, tergerak hati saya menulis akan apa yang saya lihat pada kejadian alam dan saya kaitkan dengan ayat Al-Quran dan Memuji Kebesaran Allah.

Saya lihat tiap pagi, tanpa ragu-ragu, selepas solat subuh, langit menjadi cerah dan bermulalahhari yang baru. Syukur pada Allah akan nikmat ini.
Saya kaitkan dengan surah Al-Imran:190
Madsudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda2 (kekuasaan Allah) bagi orang2 berakal.

Kemudian saya fikir pasal udara (oksigen) yang kita ambil untuk terus hidup. Ia didapati daripada tumbuhan yang mengambil C02 dan menghasilkan 02 untuk kita terus hidup. Alhamdulillah.
Saya kaitkan dengan surah Yasin: 80
Madsudnya: Iaitu (Allah) menjadikan api untukmu dari kayu yang hijau, maka kamu nyalakan (api) darinya.
Allah memberitahu kita O2 (yang dibuat untuk nyalakan api) datang dari kayu yang hijau (tumbuhan)

Memang tidak terhitung nikmat Allah pada manusia. Kita dah jadi "take things for granted". Kita lupa akan nikmat Allah.
Saya kaitkan dengan surah ArRahman: 13 (31 kali diulang)
Madsudnya: Maka pada nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan

Memang tidak terhitung nikmat Allah kepada kita. Cukuplah kita sedar bahawa Allah sangat menyayangi kita semua.
Saya kaitkan dengan surah AlKahfi: 109
Madsudnya: Katakan (Muhammad) sekiranya lautan menjadi tinta (dakwat) untuk kalimat (nikmat)TuhanKu, tentu habis lautan sebelum habis kalimat2 Tuhanku mestipun kami tambah dengan sebanyak dengannya (lautan).

Syukur pada Allah dan Pujian kepada Allah Tuhan seluruh sekelian alam....

Monday, October 19, 2009

Terkenang ku pada semua….

Posting kali ini aku tujukan kepada semua kawan-kawan yang mengenali diriku.

Tiba-tiba saja aku terkenangkan semua kawan-kawanku. Dari sekolah rendah SRK Sultan Alam Shah (1) di Petaling Jaya pada tahun 1977 (darjah 6). Terus kepada rakan-rakan (more like brothers actually) di Malay College Kuala Kangsar (1978-82). Diikuti rakan-rakan di Brighton College “A levels” tahun 1985. Terus kepada rakan-rakan Thames Polytechnic, SouthEast London Class of 1988.

Dengan adanya teknologi, kami dapat disatukan dalam alam siber yang boleh memudahkan kita berhubung setelah sekian lama membawa diri masing-masing.

Kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat Allah kepada kita yang sehingga kini diberi nikmat yang melimpah-ruah. Tidak lupa kepada kawan-kawan yang telah kembali ke rahmat Allah, sedekah Al-Fatihah mengiringi kengkawan.

Sekali lagi, syukur kehadrat Allah yang telah menemukan dan memisahkan kita. Semoga segala jalinan persahabatan dapat kita eratkan dengan pertolongan teknologi serta semangat ukhuwah yang kuat.

Salam buat semua……

Monday, October 12, 2009

Coretan pada penghujung Ramadan 1430h

Aku masih ingat lagi pada hari tersebut. Hari Sabtu 29 Ramadan 1430h bersamaan 19 Sep 2009.

Hari yang pada waktu paginya sangat panas. Dari sejak Subuh aku cuba khatam Quran. Aku bermula dari mukasurat 562 Surah ke-67 (Al-Mulk) dan berhenti pada surah 76 (Al-Insan). Terasa penat dan berhenti pada jam 7.00 pagi. Terus aku berehat dan tertidur sehingga jam 8.30 pagi.

Pada lewat pagi, aku masukkan duit raya dalam sampul dan mengenakan butang Baju Melayu dan menyiapkannya beserta samping untuk dipakai pada esok hari. Raya tahun ini aku memakai baju Melayu berwarna merah menyala yang pernah ku pakai pada raya tahun 1997. Ternyata aku masih boleh memakai baju dan seluar 12 tahun yang lalu. Waktu Zuhur disurau Salehuddin dan ku sambung membaca Quran hingga tamat jam 3.00 petang. Alhamdulillah berjaya juga khatam Ramadan ini.

Terus aku ke Digital Mall membeli FM transmitter. Ini bertujuan untuk memasang koleksi lagu raya dalam thumb drive untuk didengar didalam kereta semasa memandu balik ke Kota Bharu pada raya kedua nanti. Lagu Raya kegemaranku ialah dendangan Seniwati Saloma dan M.Nasir. Tidak ketinggalan lagu dendangan Anuar/Elina.

Jam 4.30 Asar di surau Pajar, dan cuaca mula hujan dengan lebatnya. Dah janji dengan adik serta sepupuku untuk membersihkan kubur Tok, Nenek dan abah sejurus selepas Asar, namun cuaca tidak mengizinkan. Hujan berterusan hingga jam 7.00. Jam 7.15 malam waktu berbuka puasa dan tanda berakhirnya Ramadan 1430h. Hafalan Asmaul Husna (99 Nama2 Allah) dan surah Al-Fajr (31 ayat) harus aku kekalkan sehingga Ramadan akan datang.

Maka bermulalah aku bertakbir, tahlil dan tahmid tanda syukur kepada Allah kerana dengan kurnianya dapatku lalui Ramadan dengan baik. Kuharap segala amalan dibulan Ramadan akanku kekalkan dengan rasa tunduk dan syukur kepada Yang Maha Esa.

Amin….

Wednesday, September 23, 2009

Beriman

Adalah keyakinan kita kepada sesuatu perkara. Dalam surah AlBakarah ayat3 ada menyebut orang2 beriman kepada benda-benda ghaib. Apa itu beriman kepada benda-benda ghaib?
Beriman pada benda-benda ghaib ialah beriman kepada benda-benda yang kita tak nampak. Walaupun benda-benda tersebut tak nampak tetapi benda-benda lain boleh menyokong bahawa benda-benda yg tak nampak itu wujud.
Saya bagi contoh:-
Beriman (percaya) kepada Allah. Kita tak nampak Allah, tetapi kita boleh lihat ciptaan-ciptaan Allah serta AlQuran dan Sunnah2 Rasul dan yakin bahawa Allah wujud.
Percaya pada elektrik. Kita tak nampak elektik, tapi kita yakin bahwa jika kita sambungkan sumber eletrik, lampu boleh menyala dan yakin elektik itu wujud.
Percaya pada angin. Kita tak nampak angin, tapi kita boleh rasa kehadiran angin dan yakin angin itu wujud.

Jadi beriman ialah tahap kepercayaan kita kepada benda2 ghaib. Yakinlah wahai kawan2 bahawa Allah wujud dan Allah Maha Besar.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri – Maaf Zahir Batin

Friday, September 4, 2009

Ramadan 1430h

Assalamualaikum, Ramadan muncul semula.

Bersyukur kehadrat Allah kerana diberi kesempatan untuk peluang beribadat satu lagi Ramadan. Ramadan kali ini seperti tahun2 yang lalu. Aktiviti harian saya dibahagi kepada 4.

1. Bekerja dipejabat. Waktu pulang diawalkan 30 minit, mengambil kira waktu makan tengahari cuma 30 min dan bukan 1 jam. Kerja harian seperti biasa sahaja dan tiada bezanya dengan hari-hari biasa

2. Bersama keluarga. Tahun ini, anak sulung saya akan mendudukki peperiksaan PMR. Jadi sebagai seorang bapa, saya memberi suntikan semangat dan juga sokongan moral kepadanya. Saya juga berdoa kepada Allah supaya beliau buat persiapan yang terbaik untuk peperiksaan ini, lepas itu kita serah pada Allah akan keputusannya.

3. Beribadat. Amalan saya ada 2. Pertama sembahyang terawih berjamaah disurau. Yang satu lagi saya amalkan baca Quran, satu hari 1 juzuk. Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar.

4. Menjual chocolate chip cookies yang dibuat isteri. Rutin ini bermula tahun 1999. Ini adalah tahun ke-11 saya menjual chocolate chip. Alhamdulillah dari menjual 30 balang pada tahun 1999, kini jualan mencecah 400 balang. Saya tidaklah membuat apa-apa ‘marketing’, malah prinsip saya ialah “Kalau tak sedap, beritahu saya; kalau sedap beritahu orang lain”. Syukur produk ini berkembang berkat kawan2 saya.Saya juga sentiasa mengingatkan diri bahwa setiap kali membuat CC, ia harus diiringi dengan zikir pada Allah. Paling sedikit, dapat duit, dapat pahala dan dapat kepuasan bila tengok produk kita laris. Kalau ada pembaca yg nak order, sila hubungi saya 019-3104463.

Itulah rutin Ramadan saya. Ikut kalender Islam pada 27 Ramadan ini genap umur saya 46 tahun; kerana saya dilahirkan tanggal 27 Ramadan 1384. Masa dicatatkan pada surat beranak ialah 6.58 petang. Masa itu belum dicepatkan 30 minit lagi. Kalau ikut waktu Semenanjung sekarang ialah 7.28 petang, masa orang berbuka puasa. OKlah setakat ini… Selamat beramal di Bulan Ramadan Al-Mubarrak.

Thursday, August 20, 2009

Beriman, berilmu, beramal

Jika pulang ke kampung isteri di Wakaf Che Yeh, dipinggir Bandar Kota Bahru, saya mengamalkan berjalan setiap pagi melalui kawasan sawah. Dari situ saya nampak satu tapak kecil yang diusahakan oleh satu keluarga. Kawasan selebihnya sudah ditumbuhi lalang dan terbiar begitu saja.

Kita mesti ikut resmi padi, lebih berisi lebih tunduk. Pepatah ini sering terngiang-ngiang ditelinga saya. Nak tanam padi memang memerlukan kekuatan diri. Apatak nya kita mesti menentukan bahawa padi yang ditanam dijaga dengan baik, mendapat cukup air dan baja supaya hidup subur. Inilah dinamakan usaha.

Sebaliknya, nak tanam lalang senang aje, biarkan bendang dan tumbuhlah lalang dengan sendiri tanpa banyak usaha.

Berbalik soal usaha, ia juga dikenali dengan amal. Nak usahakan sawah, kena ada 3 kriteria:-

Kena yakin pada diri kita
Kena ada ilmu mengusahakan sawah
Kena rajin berusaha

Sama juga dengan hidup sebagai seorang Islam. Kena ada 3 kriteria

Kena beriman
Kena berilmu
Kena beramal

Kesimpulannya, kalau nak jadi seorang Muslim, kena ada 3 kriteria. Kalau nak jadi hantu, tak payah usahapun. Biar saja diri kita tanpa usaha dan otomatik, syaitan boleh “approve” jadi member dia. Confirm….

Saturday, August 15, 2009

I am back

Sudah lebih 8 bulan since my last posting. I am starting to write again.

Banyak sebab kerana tak update blog. One of the reason is plain lazy. Entahlah rasa macam tak ada mood nak tulis. Anyway pendekatan baru saya ialah biar tulis pendek tapi kerap.

Tempoh Disember 2008 hingga Mei 2009, pencapaian Manchester United sangat memberangsangkan. Man U menang World Club Championship, menag the League Cup menewaskan Spurs, menang EPL menewaskan Liverpool. Cuma mereka tewas The European Champions League kepada Barcelona, which is arguably the best team in Europe. It is a very successful season for Man United.

Saya juga kehilangan seorang sahabat karib, Zulkifli Mohd Noor pada tanggal 11 Mac 2009 kerana komplikasi setelah menjalani pembedahan. Banyak persamaan diantara saya dengan arwah Zul. Kalau nak tulis, berjela-jela, tapi biar saya ringkaskan sahaja. Kami sama2 memulakan kerjaya kami pada tahun 1987 di Jabatan yang sama. Kemudian kami berpisah pada tahun 1994 tapi masih keep in contact. Kami digabungkan semula dalam satu Jabatan pada tahun 1998 sehingga sekarang. Banyak perkara yang kami kongsi bersama. We make a point to have tea together every working day at 4.00pm and discuss current issues (if situation permits). We call it a FMM (Fun Managers Meeting) and he was the one that laughed the most. Anyway, I will always doa to arwah Zul and hope to meet him when my time is up.

Just to remind myself, that Islam is simple. Solat pada awal waktu, beri dan tolong kepada yang perlu, selalu sangka baik, buat baik pada ibubapa dan sekelian manusia, ajak orang2 terdekat melakukan kebaikan dan tegah mereka dari melakukan kemungkaran dan sentiasa berserah kepada Allah. Insyaallah hidup sentiasa dalam kerahmatan Allah. Walau apa yang terjadi reda kepada Allah, nescaya Allah reda kepada kamu.

I am back...