Sedikit catatan yang keluar dari fikiran saya secara spontan.
Minggu ini, majikan saya beri laptop menggantikan desktop yg telah saya guna sejak tahun 2002. Dengan laptop ini, saya menjadi lebih "mobile" dan boleh melaksanakan kerja dengan lebih berkesan (insyaallah)
Minggu ini juga saya "submit" income tax return...
Minggu ini juga saya bawa ibu saya ke hospital swasta. Selalunya saya bawa ibu ke hospital kerajaan saja, tapi setelah mengambil kira masa & faktor kesihatan ibu yang semakin lemah, saya decided to bring her to private klinik. Saya akan menjaga ibu sebaik mungkin, dan saya bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk menjaga beliau yang kini berusia 76 tahun.
Saya juga sangat2 bersyukur kpd Allah kerana saya juga dapat meluangkan masa bersama-sama isteri & 4 orang anak perempuan. Kesempatan ini saya ambil untuk menasihati mereka bahwa sentiasa jangan lupa akan "Allah" walau dimana saja mereka berada & pada setiap masa.
Anak kedua saya dapat penghargaan dari SMK(P) Sri Aman kerana berjaya mendapat 8A dalam PMR tahun lepas - Alhamdulillah
Minggu ini juga, saya "pulun" belajar bahasa Arab saya terutamanya bab fi'il dan isim. Saya harap saya boleh maintain this momentum.
Minggu ini, ada insan buat sumpah laknat, menunjukkan bahwa beliau benar dalam satu hal. Kita sama2 serahkan perkara ini kpd Allah. Dia Maha Mengetahui...
Minggu ini, jiran saya (Mak Midah), balu kpd Allahyarham Tan Sri Basir, buat kenduri. Ramai yg hadir, dan jemputan khas ialah Al-Fadil Ustaz Harun Din.
Masyaallah, tazkirah yg diberi sangat berkesan, dan muka beliau.. sungguh bersih & bercahaya. Dari pancaran muka beliau saja boleh dilihat ketenangan & keimanan.
Sesungguhnya dengan mengingati Allah sahajalah, hati menjadi tenang.
Ya Allah.. syukurku padaMu menjadikan hidup ini sungguh indah sekali...
Monday, May 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment