Tuesday, August 10, 2010

Bertekak

Posting kali ini fasal bertekak.

Memang lazimnya manusia ini nak lebih dari orang lain. Bila dah lebih itu, rasa hati ini macam seronok sangat. Ialah adat, kalau bertengkar mesti nak menang. Barulah kita "tera".

Di rumah, pejabat, surau mahupun di kedai mamak, kita asyik mahu pendapat kita ini diterima orang. Ialah, kita yg tahu about the subject matter. Lagi2 kalau cakap pasal politik. Kita mahukan pendapat kita diterima & didengari.

Kalau ada pendapat yg bercanggah, kita mulalah nak bertekak dgn orang tersebut. Mana boleh, in an aurgument, you must stress your point until yr point is being excepted. Dengan isteri, boss, rakan qariah mahupun member bola, kalau dah start bertekak, mesti best! Terutamanya pasal soal2 isu hangat. Kalau argument became more intense, then the voice level starts to go high. And we ended up being emotional, because the other party still does not accept our point.

Sometimes we can argue on very petty issue like, why did you take this route, while the other route is nearer except it has 3 traffic lights more than the other... kenapa buat terawikh 8 rakaat & bukan 20 rakaat..

Kalau pendapat kita tak diterima orang lain, mula kita rasa "tension" dan moody tak pasal2.

Anyway, saja nak kongsi dengan pembaca yg budiman, sebenarnya nak argue memang boleh. Tapi ada batas2nya. Jangan kita sentuh peribadi orang & kita kena bertimbang rasa dalam mengutarakan pendapat kita. Kalau argument dah mula panas & kita tahu orang ini memang dah tak terima pendapat kita, beritahu dia "I respect your opinion, but beg to defer. Thank you for your input & excuse me". Lepas itu, kita beredar dari situ.

Itu bukan bermakna kita kalah dlm bertekak. Tapi itu menandakan kita mengambil pendekatan yg cukup bijaksana. Orang akan dapat mengenali siapa yg baik diantara kita, dan cukup umtuk kita berundur dengan cara yg sopan & berhemah.

Oleh itu, jagalah batas2 semasa berselisih faham. Dan kalau rasa kita mula rasa marah/emosi, kawal kemarahan kita dgn mengambil langkah untuk berdiam diri. Kita serah semua urusan pada Allah yg Maha Mengetahui.
Ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan penuh berkat & doa saya agar kita semua dapat menemui malam Lailatul Qadr.
Salam Sejahtera

1 comment:

ibnujusup said...

thanks for the advice uncle.. nice tips.. selalu gak bertekak pasal isu2 semasa dgn family... tapi cume sekadar berbagi pendapat..