Dalam surah Baqarah:183 " Wahai org2 beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas org2 sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa"
Ini adalah dalil kita wajib berpuasa dibulan Ramadan sebagai rukun Islam ke3.
Kalau amati betul2, Allah mewajibkan puasa supaya kita meningkatkan taqwa kita kpd Allah.
That is the main intention. Puasa adalah latihan utk meningkatkan ketaqwaan. Cuba kita ambil contoh, org yg berpuasa, jika dia makan sembunyi2, siapa yg tahu. Tiada siapa yg tahu kecuali Allah. Kalau kita apply latihan rohani ini pada setiap masa, kalau kita buat dosa, contohnya tak solat, siapa yg tahu kecuali Allah. Jadi puasa adalah latihan meningkatkan taqwa.
Bulan Ramadan adalah bulan diturunkan Al-Quran. Jadi ramai yg mengambil kesempatan ini bertadarus membaca Al-quran hingga khatam. Alhamdulillah pahalanya besar sekali. Tapi doa & nasihat saya pada semua, selepas berlalunya Ramadan apa salahnya kita istiqamah & teruskan baca Quran sebagai amalan harian kita, setidak2nya sehari semuka. Kan puasa latihan utk meningkatkan taqwa pada Allah. Besar pahalanya.
Bulan Ramadan, kita dapat menunaikan solat terawih dimasjid. Besar pahalanya. Apa kata lepas Ramadan kita istiqamah & teruskan solat dimasjid, setidak2nya solat dimasjid 1 drpd 5 solat fardu. Kan puasa latihan utk tingkatkan taqwa. Besar pahalanya.
Bulan Ramadan, kita bangun sahur kerana Allah. Besar pahalanya. Apa kata lepas Ramadan kita istiqamah bangun solat malam setidak2nya 1 kali dalam 1 minggu. Kan puasa latihan utk tingkatkan taqwa. Besar pahalanya.
Bulan Ramadan, kita bersabar & bersedekah dlm hidup kita. Besar pahalanya. Apakata lepas Ramadan kita istiqamah & teruskan bersabar & bersedekah. Kan puasa latihan utk tingkatkan taqwa. Besar pahalanya.
Sebenarnya nasihat ini berupa utk saya, sebab saya perlukan teguran supaya terus beramal.Rumusan saya ialah puasa utk tingkatkan taqwa. Teruskan dgn amalan2 soleh selepas Ramadan, semoga kita berjaya dunia & akhirat.
Doa kesejahteraan utk semua... Selamat beramal
1 comment:
alhamdulillah... dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. moga aja dapat diteruskan selepas puasa amalan2 di bulan ramadhan...amin... :-)
Post a Comment