Sunday, July 25, 2010

Hasad dengki

Posting kali ini nak share pasal topik dengki.

Memang lazimnya manusia ini nak lebih dari orang lain. Bila dah lebih itu,rasa hati ini macam seronok sangat. Ialah adat, kalau main mesti nak menang.

Dari kecil lagi, kita diajar supaya belajar rajin2. Dalam kelas mesti selalu kena dapat nombor satu. Barulah syok. Baru boleh tayang kat orang kita ni "tera". Kalau ada exam UPSR, PMR, kita kena score.Orang mesti tanya, berapa A kamu dapat. Sekarangni dah ramai sangat dapat A, kena dapat A+ pulak, baru "cool".

Yang mediapun, apa lagi pukul cananglah, interview pelajar2 cemerlang.

Dah kerja pulak, 1st sekali nak beli kereta apa.. Mesti yg ada "class", baru orang pandang....

Masyaallah.. Padanlah kita tak habis2 kejar dunia kebendaan. Dah dari kecil kita diajar sebegitu. Macamana hati nak dapat ketenangan kalau kita tak henti2 nak lebih dari orang lain. Kalau tak dapat lebih dari orang lain, mula kita rasa "tension" dan moody tak pasal2. Inilah dia penyakit oden sekarang. "Healthy competition" konon. Kita mesti ada "Daya Saing" supaya kita boleh dilihat dimata dunia. Kita kena "World Class" baru betul.

Anyway, saja nak kongsi dengan pembaca yg budiman, saya tak kisahpun kalau seseorang tu dapat lebih dari saya. Malahan saya bersyukur yg dia dapat lebih & saya dapat kurang. Setidak2nya saya terlepas dari perasaan riak.

Alhamdulillah, jika saya telah beri yg terbaik & dah berserah pada Allah, walau apa jadi sekalipun, saya terima dengan baik. Tak ada rasa dengki, cemburu atau tension. Semuanya ok saja.

Kalau main bola, kalau dah main bersungguh2, menang, kalah atau seri tak menjadi hal. Setidak2nya kita dapat keluar peluh dan berjumpa dengan kawan2 yg minat main bola.

Sepotong ayat dari Quran"Wahai jiwa yg tenang! Kembalilah kpd TuhanMu dengan hati yg reda & diredai. Maka masukkan kedalam golongan hamba2Ku, dan masuklah kedalam syurgaKu" Surah AlFajr 27-30.

Kepada hamba2 Allah yg jiwanya sentiasa tenang, semasa mereka bertemu Allah nanti (mati), mereka merasa reda & diredai. Mereka masuk kedalam syurga Allah dengan kemenangan yg abadi.

Oleh itu, jangan rasa dengki jika orang lain dapat sementara kita tidak. Yakin bahwa Allah telah mengatur yg terbaik untuk kita. Oleh itu, bersyukur kpd yg dapat & bersyukur juga dengan apa jua yg kita dapat...

3 comments:

ibnujusup said...

PHD memang susah nak buang pakcik... yg penting berserah pada Allah, moga orang itu diberi hidayah...

dapat banyak pengajaran dari blog pakcik..

keep on blogging..

Zaidah M said...

Abang Sham, susah betul lah nak kikis perasaan hasad dengki kan? Kenapa orang kita macam ni? Yang paling sedih, jadi minoriti pun masih lagi nak dengki sama masing-masing.

ibnujusup said...

tumpang tanye.. cik zaidah ni adik cik hisham yang pakcik cerite buat PHD di new zealand kan?

selamat hari raya di perantauan untuk cik dan family.. :-)

moga dapat berbakti di tanah air kelak.. amin.. :-)