Monday, July 26, 2010

Dzikir

Posting kali ini nak sentuh sikit pasal dzikir.


Memang amalan dzikir ini sangat dialu-alukan. Dalam bahasa Arab dzikir ini ialah "mengingati".

Jadi berdzikir adalah amalan mengingati Allah. Tapi dalam istilah Melayu, dzikir ini adalah lafaz2 seperti "Allahu akbar" dan banyak lagi.


Anyway, nak share dgn para pembaca, jika kita ingat pada Allah, semestinya Allah akan ingat kpd kita. Bukan susah sangat, ingatlah Allah semasa berdiri, duduk atau baring. Tak payah lafazpun tak apa, cuma sentiasa ingat akan Allah dalam segala keadaan.


Allah suka pada 4 kalimah dzikir
1. Tasbih - Subhanallah
2. Tahmid - Alhamdulillah
3. Takbir - Allahhuakbar
4. Tahlil - La ila ha illallah


Tapi dalam istilah Melayu Tasbih tu ialah tasbih yg seperti manek2. Takbir pula ialah takbir raya dari rumah ke rumah. Tahlil pula adalah majlis kenduri yg kena pergi, selalunya tahlil arwah yg baru meninggal. Cuma Tahmid aje yg tak ada istilah Melayu, maybe sebab Tahmid macam nama orang...

Berbalik pada dzikir, sempena hari ini (Nisfu Syaaban), kita digalakkan berbanyaklah ingat pada Allah. Pada saya tak payah nak kira berapa banyak kita bertasbih, tahmid, takbir atau tahlil, pokoknya kita selalu ingat pdNya.

Ahad lepas, saya berjalan bersama anak2 ke PutraJaya. Saya singgah di masjid baru PutraJaya (Masjid Sultan Zainal Abdin). Indah sungguh masjid ini. Sama indah dgn masjid PutraJaya yg lama dan masjid Wilayah. Tapi fikir2 balik pahalanya sama dgn pahala salat kat surau pondok usang diJeli, Ulu Kelantan. Satu masjid harga 1,000 juta dgn satu surau usang berharga 1,000 ringgit, disisi Allah pahalanya sama saja.

Renung2kan & selamat beramal

2 comments:

Zaidah M said...

Thank you for the reminder. I uploaded zikir and selawat on my iPod, so masa jalan ke sekolah or supermarket, insya Allah, berzikir :)

ibnujusup said...

wow.. savvy way to stay close to Allah... :-) insyaallah.. boleh try juga. thanx zaidah M.