Tuesday, November 24, 2009

Silaturrahim

Saya mendapat cuti sakit selama 5 hari. Sebenarnya bukanlah sakit, tapi cuti diberi supaya saya tidak menjangkitiorang lain. Ini ialah kerana sakit mata ini penyakit yg sangat senang berjangkit. Apapun, saya redha dengan apa yg berlaku.

Ada dua perkara yg saya nak catatkan

1. Nikmat bersenam
Saya mula berjogging setiap pagi selepas subuh. Saya membuat 3 pusingan yg memakan masa 45 minit. Yang saya ingin kongsi bersama ialah betapa nikmatnya badan setelah selesai bersenam. Badan rasa ringan dan peluh yg keluar adalah toksikyg keluar dari badan kita. Badan rasa sungguh segar dan ringan sekali. Saya berharap dapat bersenam sekurang2nya 3 kali dalam seminggu.

2. Silaturrahin
Terbaca saya akan artikel dalam majalah Anis. Tajuknya Beruntungnya hidup menyambung silaturrahim. Nak cerita sedikit perihal arwah ayah saya. Nama ayah Mustaffa bin Menfari. Semasa hidup beliau tidak pernah hendak bercerita fasal keluarga beliau. Kalau ditanyapun, terus dia tukar topik. Dia sekadar menjelaskan yg hidupnya sebatang kara sejak kecil lagi. Jadi, keluarga saya tertumpu kepada keluarga sebelah mak sahaja. Keluarga mak sangat rapat dan setiap 3 bulan, kami mesti berjumpa dalam satu majlis ilmu - Alhamdulillah.
Berbalik fasal arwah abah, semasa abah meninggal dunia Mac 2006, saya & keluarga dikejutkan dengan terdapat 5 lagi adik2 abah yg masih hidup. Mereka datang pada malam ayah meninggal. Mereka tinggal sekitar KL, mereka adik sama ibu tetapi lain bapa. Sejak hari itu, saya telah berkenalan dengan kelima2 bapa/mak saudarasaya - Alhamdulillah.
Mak saudara saya yg baru (busu Esah), menceritakan bahwa Menfari, datuk saya, berasal dari Pulau Bawyean, Indon. Orang kita panggil orang "Boyan". Menfari adalah pangkat "Kiya'i" dan mengembara ke bandar2 besar seperti Jakarta, Singapura & KL untuk berdagang kain & menyebarkan agama Islam. Busu kata, masih ada seorang lagi bapa saudara seibu/sebapa di Bawyean, Indon yg masih hidup,tetapi beliau sudah berumur lebih 70 tahun.
Jadi, saya memasang niat bahwa satu hari nanti saya mesti ke Pulau Bawyean, Indonesia untuk menjejakki asal usul saya dan menghubungkan kembali silaturrahim yg sudah lama putus.

Doakan saya...

1 comment:

ibnujusup said...

alhamdulillah.... dapat mengenal pakcik hisyam sekeluarga...

ayah juga terkejut bila dapat tahu yang masih ada keluarga di terengganu... dulu ayah pernah cerita yang kiyai minfari pernah menetap di terengganu, tapi cerite tu setakat habis mcm tu je pasal ayah pun tak tahu dengan lebih detail... cume yang pasti kiyai minfari seorang tokoh masyarakat di bawean...


terima kasih sudah berkunjung ke rumah saya sekeluarga... tapi mungkin agak kurang selesa sedikit, kerana rumah saya agak kecil...minta maaf dari kami sekeluarga...

insyaallah, ada kelapangan giliran kami kesana...

insyaallah juga, kalau ada rezeki, boleh berkunjung ke Bawean..

bila saya search, ada juga tokoh2 bawean di malaysia...contohnya

Aziz Sattar
Ahli Kumpulan The Swallows ( Kassim Selamat )

http://www.youtube.com/watch?v=_2u-NcFAML8


laman web berita harian boyan @ bawean @ pebian

http://www.bawean.net/