Bersyukur kehadrat Allah kerana diberi kesempatan untuk peluang beribadat satu lagi Ramadan. Ramadan kali ini seperti tahun2 yang lalu. Aktiviti harian saya dibahagi kepada 4.
1. Bekerja dipejabat. Waktu pulang diawalkan 30 minit, mengambil kira waktu makan tengahari cuma 30 min dan bukan 1 jam. Kerja harian seperti biasa sahaja dan tiada bezanya dengan hari-hari biasa
2. Bersama keluarga. Tahun ini, anak sulung saya akan mendudukki peperiksaan PMR. Jadi sebagai seorang bapa, saya memberi suntikan semangat dan juga sokongan moral kepadanya. Saya juga berdoa kepada Allah supaya beliau buat persiapan yang terbaik untuk peperiksaan ini, lepas itu kita serah pada Allah akan keputusannya.
3. Beribadat. Amalan saya ada 2. Pertama sembahyang terawih berjamaah disurau. Yang satu lagi saya amalkan baca Quran, satu hari 1 juzuk. Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar.
4. Menjual chocolate chip cookies yang dibuat isteri. Rutin ini bermula tahun 1999. Ini adalah tahun ke-11 saya menjual chocolate chip. Alhamdulillah dari menjual 30 balang pada tahun 1999, kini jualan mencecah 400 balang. Saya tidaklah membuat apa-apa ‘marketing’, malah prinsip saya ialah “Kalau tak sedap, beritahu saya; kalau sedap beritahu orang lain”. Syukur produk ini berkembang berkat kawan2 saya.Saya juga sentiasa mengingatkan diri bahwa setiap kali membuat CC, ia harus diiringi dengan zikir pada Allah. Paling sedikit, dapat duit, dapat pahala dan dapat kepuasan bila tengok produk kita laris. Kalau ada pembaca yg nak order, sila hubungi saya 019-3104463.
Itulah rutin Ramadan saya. Ikut kalender Islam pada 27 Ramadan ini genap umur saya 46 tahun; kerana saya dilahirkan tanggal 27 Ramadan 1384. Masa dicatatkan pada surat beranak ialah 6.58 petang. Masa itu belum dicepatkan 30 minit lagi. Kalau ikut waktu Semenanjung sekarang ialah 7.28 petang, masa orang berbuka puasa. OKlah setakat ini… Selamat beramal di Bulan Ramadan Al-Mubarrak.
No comments:
Post a Comment